Breaking News

Alkisah Jering Rebus

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Bulan september penuh dengan cuti. Bagi Cik Nor yang sedia maklum kekurangan fulus untuk bercuti maka manfaatkan lah cuti bersama keluarga tercinta. ecece. Musim-musim cuti macam ni kerja Cik Nor jadi tukang masak untuk keluarga. Bosan dok rumah, jom la kita tambah lemak dibadan..hihi

Alkisahnya hari Jumaat my abang ipar pergi menebang pokok jering kat rumah kawan dia. Cik Nor ingat buah jering tu muda-muda, sedapnya dibuat ulam. Sekali balik dia cakap, dah tua. Tengok rupa nak gigit pun tak lepas dah. haha.Elok Cik Nor balik dari pasar tani, abang ipar telefon kakak surah pergi kutip buah jering yang dia dah tebang. Banyak katanya. Pergi lah kakak dan bawak balik setengah guni. Banyak sangat, penat dia nak kutip sorang-sorang.

Malam tu ayah Cik Nor tolong kupaskan kulit dia. Dapat la satu besen. Tengah-tengah kemas rumah pagi sabtu abang ipar tanya sama ada ayah dah kupas habis ke kulit jering semalam. Cik Nor cakap dah kupas semua. Dia suruh Cik Nor ambik kan sebab dia nak belah dan rebus. Siap suruh ambik periuk lagi. Cik Nor ni jenis malas nak melayan kerenah abang ipar siikt. haha. Last pergi panggil kakak suruh uruskan.hihi

Bab merebus jering mak yang uruskan. Mak ingat nak start awal rebus jering ni tapi ada kematian dan kenduri. Terpaksalah penuhi tanggungjawab tersebut dulu. Nak suruh Cik Nor jaga, hangit la jering tu.haha. Lepas asar kalau tak silap mak start merebus. Mak teliti sangat bab merebus ni. Jering ni kalau rebus tak ikut dia punya step boleh buat korang susah nak kencing.haha. Itulah sebab kenapa Cik Nor tak makan sangat jering rebus walaupun orang kata sedap sangat.

Proses merebus jering ni agak lama sampai 7 kali tau. Rebus kali pertama, buang air rebusan then letak air yang baru. Ke dua dan seterusnya begitulah.Dalam rebusan ke berapa entah dimasukan daun-daun herba. Daun herba apa korang jangan tanya sebab Cik Nor tak buat kerja-kerja merebus ni.hihi. Baik Cik Nor kat buah rambutan lagi bagus.

Rebusan terakhir siap bila azan magrib berkumandang. Lamakan proses merebus jering ni. Dah betul-betul masak jangan lupa rendamkan dalam air sejuk. Setiap hari kena tukar air supaya jering rebus ni tak busuk. hehe. Jering rebus ni sedap dimakan bersama kelapa parut yang di gaul dengan garam dan gula. Korang pernah makan tak jering rebus?

5 comments:

  1. huu suko makan ,tapi ingat arwah nenek masak jering rebus ni memang bukan senang lahh payohh.. hii ..tinggal kenangan dah ..

    ReplyDelete
  2. jering pun tak makan, cik nor..sbb kang kencing, semerbak bilik air..haha..tapi risau pulak nak cuba kalau ada dpn mata sbb cik nor bitau, klu tak ikut step rebus yang betul..susah nak kencing...seriau baca...

    ReplyDelete
  3. 7 kali kena rebus? boleh habis gas seton tu hahaha #gurau

    ReplyDelete
  4. ofisment aida selalu update fb makan ni, nor.
    aida x pernah merasa. famili takde yg buat gini.
    mak abah makan jering yg raw tu jer.

    ReplyDelete
  5. Ayah sha cukup suka makan jering rebus nie.. Sha memang tak makan jering..

    ReplyDelete