Breaking News

Sinopsis Filem Munafik 2

Sinopsis Munafik 2
Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.
Sakinah terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar.
Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

Para pelakon Munafik 2 :
  • Syamsul Yusof sebagai Ustaz Adam
  • Maya Karin sebagai Sakinah
  • Fizz Fairuz sebagai Ustaz Azman
  • Nasir Bilal Khan sebagai Abu Jar
  • Mawi sebagai Ustaz Azhar
  • Fauzi Nawawi sebagai Umar
  • Rahim Razali sebagai Rahim
  • Namron sebagai Rahman
  • Roslan Salleh sebagai Imam Malik
  • Ku Faridah sebagai Salmah
  • Nur Zara Sofia sebagai Aina
  • Weni Panca sebagai Wanita Misteri

12 comments:

  1. dah baca sinopsis mcm tak sabar pula nak tgk..

    ReplyDelete
  2. seram nak tgk tkut tberanak pla hahhaa

    ReplyDelete
  3. Kita takut nak tgk.. takut cerita seram..

    ReplyDelete
  4. rabia belum tengok lagi munafik 2 ini..seram tak kak? rabia takut nak tengok.

    ReplyDelete
  5. tak follow citer ni.. seram hehe i lari dulu =P

    ReplyDelete
  6. baca sinopis dulu... nak tengok entah bila lagi

    ReplyDelete
  7. kak nurin ada ajak gi tgk.
    tapi again weekend ni takde peluang nak masuk panggung.
    kena tunggu astro first lah ni kot.

    ReplyDelete
  8. Salah satu film yang popular di Indonesia. Saya sendiri sudah selesai menonton film ini. MEmang praktik gaib yang ada di film cukup dekat dengan kehidupan kita. Orang tampak beragama ternyata berbaur pula dengan yang sesat.

    Salam dari Indonesia
    Azizah

    ReplyDelete