Breaking News

Petua Jaga Kesihatan Cara Cik Nor

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Kemain kan sekarang Cik Nor suka kongsi petua kesihatan dengan korang. Memandangkan ahli keluarga Cik Nor ramai yang menghidapi penyakit darah tinggi, migrain dan macam-macam lagi lah  maka Cik Nor cari alternatif supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan dari hospital.

Seperti yang korang tahu peria katak banyak khasiatnya. Antaranya ialah :

1.    Baik Untuk Pesakit Kencing Manis
Jus buah peria sesuai dijadikan sebagai menu harian bagi pesakit diabetes. Memandangkan buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula di dalam darah.


2.    Sejukkan Badan
Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Sesuai juga diambil ketika musim panas.

3.    Atasi Masalah Pernafasan
Campurkan jus peria katak dengan madu untuk tujuan menjaga kesihatan paru-paru. Ia juga boleh diamalkan dengan minum setiap hari untuk merawat masalah lelah. Mengikut Pakar perubatan Cina, dengan menggunakan air rebusan peria dapat  merawat penyakit lelah dan haid yang terlewat.

4.    Menggalakkan Penghasilan Susu
Jika ingin banyakkan lagi penghasilan susu badan, anda hanya perlu rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi.

5.    Atasi Masalah Haid
Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit-sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang tempoh haid. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang.



Manakala khasiat kurma pula : 
 
1. Menguatkan Memori
 
Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis. Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.
 
2. Baik Untuk Ibu Mengandung / Berpantang
 
Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya. Menurut kajian, buah kurma bagus untuk wanita hamil kerana akan memudahkan proses bersalin selain akan mengurangkan masalah pendarahan. Selain itu, kurma juga akan memberikan khasiat yang baik untuk bayi di dalam kandungan.
    
3. Baik Untuk Kesihatan Jantung
    
Tahukah anda, sebenarnya kurma juga boleh mencegah masalah penyakit jantung. Anda hanya perlu merendam beberapa biji kurma semalaman lalu ditumbuk dan dimakan pada keesokan paginya. Dengan cara ini, pasti akan dapat membantu menguatkan jantung anda. Kajian mendapati kurma juga kaya dengan sumber potasium, iaiatu membantu mengurangkan risiko serangan strok.
    
4. Baik Untuk Kesihatan Tulang
    
Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang. Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan pengambilan buah ini. Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.
 
5. Merawat Masalah Usus
 
Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus. Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.

Khasiat susu segar :

1. Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain. 

2. Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel. 

3. Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal. 

4. Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2-otot tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja.

5. Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman.

Nak tahu macam mana Cik Nor proses ketiga-tiga bahan tersebut? Cik Nor blend kan ketiga-tiga bahan tersebut dan bagi diorang minum pagi dan malam. Alhamdulillah.. mereka nampak bertenaga dan masalah kesihatan pun berkurangan.
Korang yang ada masalah nak makan peria katak tapi tak boleh makan sebab pahit boleh cuba cara Cik Nor ni. Mana tahu serasi dengan korang

18 comments:

  1. o... dah tahu dah rahsiah cik nor kita ni... hehe... jarang makan peria....

    ReplyDelete
  2. salam singgah. alhmadulillah. kita semua memang kena jaga kesihatan. nanti bila dah sakit, mau nak menyesal :D

    ReplyDelete
  3. Peria ana makan yg biasa je cik nor. Tu pun berat juga nak telan. Hehe

    ReplyDelete
  4. peria katak tu saya suka makan macam tu je, buat ulam :D

    ReplyDelete
  5. Tak pernah try peria ni.. Pahit yeak?

    ReplyDelete
  6. Peria pahit tp banyak khasiat. Suka peria goreng tepung je heheh

    ReplyDelete
  7. Herba-herba tempatan memang ada banyak khasiat yang tersendiri.. Tapi makan sikit-sikit boleh la. Berlebihan nanti lain jadinya :-)

    ReplyDelete
  8. Kalau peria tu goreng, effect dia sama tak CikNor? Tak mampu nak buat jus, pahit sangat tapi suka makan peria goreng..

    ReplyDelete
  9. lazimnya tumbuhan yg pahit ni ada 1000 khasiat dan peria katak salah satunya...

    ReplyDelete
  10. Pahit tak rasa campuran 3 bahan tu Cik Nor?
    LZ takut pahit, kalau pahit tak tertelan dibuatnya.. LZ selalu goreng peria katak ni sampai garing.
    Sedap macam keropok, hehehe

    ReplyDelete
  11. Pernah buah jus peria katak + apple hijau.Boleh tahan sedap.. Arwah pak mertua ina suka minum jus ni.Sebab dia pun ada penyakit 3 serangkai.Tapi selepas arwah meninggal,Mak mertua dah tak buat minum dah.

    ReplyDelete
  12. nice share.. gabungan yang menarik.. kurma penghilang pahit peria, dan susu penambah perasa.. mesti sedap..

    ReplyDelete
  13. kurma memang bagus untuk kesihatan. Keep it up Jaga Kesihatan Kak Nor.

    ReplyDelete
  14. Buah kurma tu memang bagus untuk kesihatan. Dulu selalu juga buat stok cuma sekarang je tak jumpa lagi kedai yang jual buahnya tu hehe

    ReplyDelete
  15. patut la lawa :)
    peria katak aida kurang suka.
    tapi, kurma. feveret!

    ReplyDelete