Breaking News

Saat Indah Bila Dapat Belanja Keluarga


Assalamualaikum..

Tajuk kemain best lagi kan? Mesti korang teruja nak baca pasal Cik nor belanja makan keluarga Cik Nor. Alaa..Cik Nor bukan belanja besar pun. Cuma belanja McD jer. tu pun Cik Nor dapat voucer dah job yang Cik Nor buat. Kalau yang mana friend dengan Cik Nor kat facebook atau instagram mesti tahu job yang Cik Nor buat tu.

Panjang cerita ni sebelum dapat belanja McD ni. hehe. Hari Jumaat minggu lepas ada jemputan kenduri. Kalau kat Kelantan panggi belarok dimana pihak pengantin lelaki datang bertandang ke rumah pengantin perempuan. Keluarga pengantin lelaki sempat menjemput Cik Nor dan keluarga untuk memeriahkan majlis mereka.


Kalau ikutkan jemputan semua rombongan akan bertolak selepas solat jumaat. Tapi biasalah janji melayu, pukul 3.30 petang baru bertolak. Tempatnya tak jauh mana cuma nak masuk kampung pengantin perempuan tu jauh sikit la. Sampai sana, tunggu pulak penganti lelaki sampai. Dah delay lagi. Lebih kurang pukul 4.00 petang macam tu lah kami berarak ke rumah penagnti perempuan.

Cik Nor dah tak peduli kat pengantin dah, cari nasi itu lagi penting.haha. Dah siap makan dekat-dekat waktu asar. Cepat-cepat jumpa tuan kerja a.k.a parents pengantin lelaki  sebab nak inform yang kami nak mengundur diri dulu. hehe. On the way balik sempat lagi pusing balik ke Kok Lanas sebab dah janji dengan anak buah nak belanja McD sempena hari lahir dia. Alang-alang dapat voucher banyak gak la, belanja la semua yang ada kat rumah tu.




Cik Nor ambik 10 set big mac kalau tak silap. Dalam set tu ada burger yang double daging, fries dan air yang besar. Harga dia kalau tak silap RM10.45 untuk satu set. Beli 10 set harga dia dia lebih kurang RM119 macam tu la. hehe. Kena tambah duit lain la sikit. Jangan tak tahu Cik Nor ke McD siap bawak mak sekali dan berbaju kurung lagi. haha

Sampai kat rumah terus bahagikan satu set seorang. Allahu..terasa bahagia sangat bila dapat belanja keluarga macam. Walaupun tak selalu tapi saat macam ni lah kita akan ingat sampai bila-bila. Cik Nor selalu lah juga dapat voucher makan-makan macam ni. Tapi kalau sikit Cik Nor tak belanja family takut tak cukup dan ada pulak yang kecik hati nanti. Cik Nor just makan dengan kawan kat rumah sewa jer. 

Itu jer nak cerita untuk entry ni. Korang jangan kecam muka Cik Nor yang tak semengah itu..haha

15 comments:

  1. betul tu.Semua ahli keluarga seronok.. dapat eratkan lagi kekeluargaan.Moga ciknor dimurahi rezeki lagi..

    ReplyDelete
  2. okela cik nor pergi mcd berbaju kurung. sopan gitu..

    ReplyDelete
  3. Seronok sesekali dapat belanja keluarga camtu..

    ReplyDelete
  4. Seronok sesekali dapat belanja keluarga camtu..

    ReplyDelete
  5. pernah sekali ke mcdee kok lanas tu. x ramai org jd dpt menikmati makanan dgn tenang. x mcm kat kb mall tu. bising.

    ReplyDelete
  6. Yeayyyyy mmg seronok bagi orang makan kan,senyuman bermakna,eh vocer kita tak abis lagi,sebab anaksdara jauh hehehhe kita makan swndiri je la kikiki...

    ReplyDelete
  7. rezeki dikongsi bersama lg murah dan penuh berkat... sy ni bla cik nor nk belanja eskrim? ;-)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. dikurniakan rezeki :)

    ReplyDelete
  9. Zumal hanya mampu belanja nasi lemak RM1 je kalau family datang

    ReplyDelete
  10. dapnya eskrem mc dee tu...saja je cik nor ni, menggoda mata ai...haha

    ReplyDelete
  11. makan ramai2 dengan family members tak kire makan apa pun memang sronok kan CikNor. lagi lagi tengok depa makan yang kita banje =')

    ReplyDelete
  12. untungla ada voucher free.. syok dapat belanja ahli keluarga

    ReplyDelete
  13. Saya suka pergi ke Pizza Hut di Kok Lanas tu. Sebab nak ke Pasir Puteh, jauh. ke KB atau Kubang Kerian pun jauh. Situ je yang dekat sikit.
    Mc D area Kok Lanas tu saya tak perasan.. Nanti bila balik kampung, nak try cari.

    ReplyDelete
  14. terbaik la. moga bertambah rezeki nor lepas tu.

    ReplyDelete