WD-40 Menambah 5 Lagi Siri Kepakarannya!
Kita semua sedia maklum bahawa setiap tugas yang
berlainan memerlukan peralatan yang berbeza. Hal ini terjadi bagi beberapa
pekerjaan yang sukar atau rumit, yang mana memerlukan produk yang direka khusus
untuk penggunaan tertentu.
Menyedari perkara ini, WD-40® memperkenalkan barisan produk kepakaran
WD-40® pada tahun 2011. Formulasi khas yang dihasilkan untuk
memenuhi keperluan khusus para pengguna profesional, barisan produk ini
membantu juruteknik supaya pekerjaan spesifik mereka dapat dilakukan dengan
lebih cekap dan mantap.
Seiring dengan evolusi Sains & Teknologi, WD-40® telah
menambah 5 penyelesaian baharunya ke dalam barisan produk kepakaran WD-40® utuk
melengkapkan lagi keperluan penyelenggaraan anda.
Berikut
adalah 5 tambahan baru dalam barisan kepakaran WD-40®. Lihat
sama ada tugasan atau pekerjaan anda memerlukan bantuan Pakar!
WD-40® SPECIALIST FOOD GRADE SILICONE SPRAY
Direka khas untuk industri pengedalian
makanan dan pemprosesan makanan, ia tidak berwarna, tidak berbau, membentuk
filem tanpa warna yang memberi pelinciran dan melindungi permukaan seperti plastik, getah, logam, kaca, kayu dan banyak lagi.
Ia adalah agen yang terbaik untuk
menyisihkan dan mengeluarkan garisan makanan, pengadun, pencetak, rantai rol,
tali sawat, penggelek dan lain-lain.
WD-40® SPECIALIST DUST FREE AIR DUSTER
Penghapus debu udara ini sangat
berkesan menghilangkan habuk dan kotoran dengan mudah.
Tidak kesat dan tidak menghakis, produk
ini mudah digunakan dalam membantu menjaga peralatan elektronik, barangan isi
rumah, bengkel, dan memberi kenderaan bebas daripada habuk, serpihan, serbuk
dan sebagainya- tanpa meninggalkan sebarang sisa.
Ia selamat digunakan pada permukaan
plastik dan peralatan ketepatan halus (contohnya;
kamera, mikroskop, pencetak dan komputer riba).
WD-40® SPECIALIST HIGH PERFORMANCE SPRAY GREASE
Kualiti premium,
pelinciran yang tahan lama untuk permukaan logam, produk ini dirumus khas bagi
kegunaan di kawasan yang memerlukan pelinciran lebih lama dan perlindungan
daripada hakisan.
Ia tidak menitis, kerana
dicipta dengan sifat lekatan dan kedapan yang sangat baik untuk memberi
ketahanan terhadap air.
Produk ini boleh digunakan
di keseluruhan kawasan kediaman, industri dan premis (contohnya; kendi, gear,
rantai, bolt dan nut, paip, pili, jentera)
WD-40® SPECIALIST MULTI-PURPOSE CUTTING OIL
Produk ini direka untuk
menggelakkan lubang dan kerosakan logam, untuk memudahkan pemprosesan logam
secara mekanikal dengan mengurangkan pengumpulan haba dan daya geseran.
Ia mengurangkan tenaga pemotongan
dan meningkatkan kecekapan pemotongan dan sesuai digunakan bagi semua jenis logam.
Dengan bahan tambahan tekanan tinggi dan anti-geseran,
ia juga meningkatkan kemasan mesin dan memanjangkan hayat peralatan.
WD-40® SPECIALIST RUST REMOVAL SOAK
Produk ini menghilangkan
karat dengan cepat dan melarutkannya tanpa merosakkan bahagian atau cat di
sekitarnya.
Tidak bertoksik, tidak
mudah terbakar, dan boleh dibiodegradasi, ia sesuai untuk membaiki
bahagian berkarat logam tanpa perlu mengikis, menyental atau menggosok.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang
barisan siri produk kepakaran WD-40®, boleh melayari https://wd40.asia/SpecialistNewSoloutions.
haritu macam ada nampak kat mrdiy ke sha salah tengok eh
ReplyDeletebnyk dh produk dio.
ReplyDeletebanyak rupanya produk WD-40 ni ya
ReplyDeleteMakin banyak produk dia..
ReplyDeleteSemakin banyak produk dia WD-40 nie
ReplyDelete