Breaking News

Mytayar.com | Perkhidmatan Jualan Tayar Secara Online



Assalamualaikum...

Dekat-dekat raya ni mesti masing-masing sibuk buat pemeriksaan kenderaan sebelum pulang ke kampung halaman. Selain dari enjin yang sentiasa di utamakan tayar jugak perlu dititikberatkan sebelum memulakan perjalanan jauh.  Nak tukar tayar mesti ada pengetahuan tentang tayar, kalau tak memang kena tipu hidup-hidup la kita. Korang pernah dengar tak Mytayar.com? Cik Nor pun baru kali pertama dengar lama web ni. Jom kita kenali dengan lebih dekat lagi Mytayar.com.



Mytayar.com ditubuhkan adalah untuk melindungi pengguna daripada ditipu oleh pemilik bengkel yang biasanya menjadikan pengguna yang cetek ilmu tentang harga tayar sebagai mangsanya. Daripada sumber Mytayar.com,  ia mempunyai 120 Networking Workshops yang telah diselaraskan untuk bersikap jujur dan berminat untuk berkhidmat kepada pengguna di Lembah Klang, Johor Bharu dan Ipoh.  Korang jangan risau Mytayar.com akan menambah lebih banyak Network Workshops di lokasi lain tidak lama lagi. Mungkin berhampiran dengan tempat tinggal korang, mana kita tahu.

Apa yang istimewanya Mytayar.com ini ialah ia membenarkan Network Workshops yang bekerjasama dengan mereka untuk memasukkan harga mereka secara lansung di laman web semasa mengikut standard harga yang ditawarkan oleh Mytayar.com. Harga yang ditawarkan sangat kompetitif mengikut standard harga piawai.

Apa yang dapat Cik Nor contohkan kepada korang, harga tayar jenama sama dijual di bengkel Ali dan bengkel  Abu. Bengkel Ali menjual dengan harga yang standard, manakala bengkel Abu pula menjual dengan harga yang jauh lebih tinggi dari bengkel Ali. Sebagai pengguna korang mesti membuat perbandingan bengkel mana yang murah mengikut bajet korang.  Kos yang terselindung juga mesti diambil kira oleh pengguna sebelum membeli tayar yang diingini. Di Mytayar.com mereka menitikberatkan teknikal tayar dengan membuat penilaian aspek komersial, harga dan lokasi untuk dipilih oleh pengguna.



Korang boleh lihat gambar dibawah perbandingan yang dibuat untuk satu jenama tayar yang ditawarkan pada harga berbeza oleh setiap bengkel persendirian. Oleh yang demikian, para pemilik kereta hendaklah berhati-hati semasa servis kenderaan supaya tidak tertipu dengan pengusaha bengkel yang mementingkan keuntungan dari keselamatan.

Kenapa Cik Nor kata harga yang ditawarkan di Mytayar.com ini sangat kompetitif? Ini kerana :

1.Harga tayar yang ditawarkan dirangkaian bengkel Mytayar.com perlu lebih rendah berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh pengusaha bengkel.
2.  Jangan korang buat tak tahu yang laman web ini akan menunjukan harga dari semua network Workshops untuk setiap keputusan pengguna.

Ini antara entry blog Mytayar.com :  https://mytayar.com/blogging/2018/01/17/jimat-ker-kalau-beli-tayar-ikut-mytayar-com-ni/ yang membandingkan harga tayar yang popular di Lembah Klang. Harga yang ditawarkan oleh Mytayar.com jauh lebih murah atau sekurang-kurangnya 15% lebih kurang dari harga yang ditawarkan oleh pengusaha bengkel. Selain dari harga yang murah, korang boleh jimat, mudah dan telus dalam setiap pembelian. Pengguna yang menggunakan khidmat Mytayar.com juga akan menikmati perlindungan. Mytayar.com menetapkan syarat kepada Network Workshops supaya menghormati harga yang ditunjukan dilaman web dengan meminimumkan risiko perubahan harga di bengkel. Sebarang percubaan untuk menipu pengguna oleh Network Workshops akan ditangani dengan tegas apabila dilaporkan kepada Mytayar.com



Dibawah ini Cik Nor kongsi cara pembelian di Mytayar.com

1. Cari Mytayar.com di google.com
2. Masukkan semua maklumat yang diperlukan seprti jenis produk/jarak/tempat korang tinggal dan klik " Get Your Search Result"
3. Tengok keputusan yang korang cari tadi.
4. Disebelah kri tu korang boleh filter bajet korang, apa jenama tayar yang korang nak dan lain-lain lagi.
5. Jangan lupa pilih tayar yang korang nak dan klik " Grab Now"

Untuk memudahkan korang membuat bayaran jangan lupa login dan kalau yang masih belum ada akaun dengan Mytayar.com boleh lah sign up dulu. Nak bayar guna apa? Online banking boleh, kad kredit pun boleh, debit kad pun boleh, malah paypal pun boleh.

Kalau korang masih tak faham boleh rujuk gambar rajah dibawah ini.



Jangan lupa servis kereta korang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Jangan lupa periksa tayar sebelum pulang ke kampung berhari raya.

Ingat tayar, ingat Mytayar.com

10 comments:

  1. tak adalah kena tipu pasal tayar ni..dah aa mytayar

    ReplyDelete
  2. bagus. bole tengok pelbagai size tayar dan jenis kereta yg guna.

    ReplyDelete
  3. Aplikasi ni mampu bantu kita survey tayar ikut bajet kita

    ReplyDelete
  4. ooo..bagus la website ni, boleh bantu kita sbg pengguna untuk cari yg bersesuaian dengan bajet.

    ReplyDelete
  5. wah senang lah lepasni takde lah kena tipu dengan peniaga lagi lagi kalau perempuan yang nak tanya pasal tayar ni. harga pun murah

    ReplyDelete
  6. Banyak kemudahan zaman sekarang.semua pun boleh jadi senang kan

    ReplyDelete
  7. terbaek.. mudah sekarang ni :)

    ReplyDelete
  8. http://ejulz.blogspot.com/2018/08/mood-blogwalking-negeri-asal-cik-nor.html

    ReplyDelete
  9. so far sy gn khidmat bateri tu...yg ni lom try lg... mgkn thn dpn kot sbb rs nyer tayar mmg nk kena ganti

    ReplyDelete