Breaking News

Tahniah Bocey | Juara Maharaja Lawak Mega 2017


Assalamualaikum..

Hari ni lewat sikit bersiaran. Almaklum lah hari minggu. Banyak buat taik mata dari buat kerja lain. Haha. Eh...mana ada tu orang lain bukan Cik Nor tauπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Buka facebook hari ni timeline penuh dengan keputusan final maharaja lawak mega 2017 malam tadi. Cik Nor tak layan kat tv sebab kat rumah sewa mana ada astro. Nasib la ada orang upload kat youtube.

Walaupun gambarnya kecik tapi boleh la dari tak ada. Hehe. Cik Nor tengok yang round pertama jer. Round seterusnya dah tak tengok.. mata dah lalok mintak carikan bantal..hehe. Tengok persembahan kumpulan Zero...macam krik-krik sikit la sebab kosong dan tak ada nesej yang nak disampaikan. Layan pulak kumpulan Bocey.. menarik jugak tapi tak tahu apa yang kurang nampak macam hambar jer.

Sampai part Dzawin...mula-mula tu boring dan nak last baru rasa terhibur dan faham apa mesej yang hendak disampaikan. Kumpulan Shiro memang best tapi mesej tak sampai. Macam menyindir someone pun ada. Haha. Akhir sekali kumpulan Putih. Apa yang mereka cuba sampaikan pun tak tahu. Tapi layan jer lah sebab diaorang terpilih untuk ke pentas akhir. Yang Cik Nor layan ni tema bebas. Yang tema seterusnya dah   😴😴😴.

Apa-apa pun tahniah buat kumpulan Bocey kerana menjadi juara maharaja lawak mega 2017. Kalau tak silap dulu mereka pernah jadi juara tapi lupa tahun bila.hehe. Tempat ke-2 kumpulan Shiro, ke-3 Dzawin, ke-4 kumpulan Zero dan last a.k.a  ke-5 kumpulan Putih.

Tahniah buat semua. Korang layan tak malam tadi?

2 comments: