Breaking News

Nuansa Aspirasi Ramadan | Iftar Ramadan Di Hotel Perdana, Kota Bharu


Credit to google


 Mandy Lamb

Nasi Beriani

Assalamualaikum

Puasa lagi beberapa hari lagi kan? Dah rancang ke nak berbuka dimana? Belum? Tak per.. Cik Nor ada cadangan untuk korang. Tak kiralah warga Kelantan ataupun warga dari luar Kelantan. Apa kata korang berbuka di Hotel Perdana. Apa yang best? Meh sini Cik Nor nak cerita ni. Macam-macam adolah. Bermula dari nasi hinggalah ke pencuci mulut.

Hotel Perdana, Kota Bharu menawarkan lebih 188 sajian dari seluruh Malaysia termasuk pilihan menu Arab, Indonesia dan Thai. Pendek kata korang rambang mata nak makan yang mana satu. Mana tak nyer sajian yang disajikan memenuhi citarasa korang semua. Korang jangan bimbang tak cukup makanan ke apa.. Ketua Chef Hotel Perdana akan memastikan makanan sentiasa bertambah walaupun purata pengunjung yang berbuka puasa di sini lebih kurang 542 orang sehari. 


 Masak Lemak Perut Dengan Rebung

 Fried Chinese Beef Stick
 Fried Prawn With Chilli Sauce

 Lala Masak Dengan Daun Selasih

 Pelbagai Jenis Kerabu

 Beraneka Jenis Kari

Kari Kambing Gearbox

 Variasi Sup

 Telur Masin

 Terung Goreng Bersalut Telur

 Aneka Jenis Ulam- Ulaman

Ikan Tiga Rasa

 Kuey Tiaw Kerang


Kambing panggang merupakan menu wajib setiap hari dan 3 ekor kambing akan di panggang setiap hari. Selain dari kambing panggang yang menjadi menu wajib pelbagai menu baru juga diperkenalkan antaranya Kari Kambing Gearbox, Gulai Kawah Daging Tetel, Gulai Ayam Kampung Sumatera, Lempeng Kelapa Cicah Kari atau Sambal dan macam-macam lagi.

 Pelbagai Jenis Air

 Colek Buah & Jeruk Buah

Tauhu Sumbat

Chicken Kebab & Roti Canai 

 Buah-Buahan

 Tapai Ubi

Kepada yang bukan warga Kelantan dan menginap di Hotel Perdana korang jangan risau kalau hendak ke masjid untuk solat terawih kerana Hotel Perdana menyediakan pengangkutan ke Masjid Muhamadi setiap malam sepanjang bulan puasa. Untuk sahur sajian mula dihidangkan bermula pukul 3.30 pagi sehingga pukul 5.30 pagi bergantung kepada waktu imsak. Seandai korang berbuka disini secara automatik korang menderma RM1.00 untuk rumah kebajikan ataupun untuk orang-orang yang kurang bernasib baik.

 Pandan Layer Cake
 Buah Tanjong
 Tapai Pulut Dan Aneka Jenis Kuih Muih

Tunggu apa lagi... untuk kesemua aneka hidangan harganya cuma RM79.90 nett seorang dan diskaun 50% akan diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 4-12 tahun. Iftar untuk majlis persendirian atau korporat di alu-alukan dengan harga RM68.00 nett seorang dan minima tempahan ialah 50 orang.

Untuk maklumat lanjut lawati :
 
Website : www.hotelperdanakotabharu.com
Facebook : https://www.facebook.com/HotelPerdanaKotaBharu
Instagram : #hotelperdana_kotabharu

10 comments:

  1. tengok gambar pun terliur doh huwaaaaa bilo nok kelik kg ni sobs sobs

    ReplyDelete
  2. bila dah nak start bulan puasa...
    mcm² menu dah nampak dlm mata nie..hihihi

    ReplyDelete
  3. Wow. Menu yang terbaik..

    Siapa yamg bermainat tu boleh datang..

    ReplyDelete
  4. Wah ada menu yg takdok kat tempat lain dan hanya ada di kelate..adoii terliur tgk kuih2 kelate

    ReplyDelete
  5. Wah semua menu nampak menarik ...

    ReplyDelete
  6. Sedap-sedapnya la hai menunya...

    ReplyDelete
  7. cik nor mkn ke semua yg hidang tu? ;-)

    ReplyDelete
  8. kuih kelate sedapppp uwaaaaaaaaa nak kelik kelantan la

    ReplyDelete
  9. kalau akak tu hadap air yg berjenis2 dgn tapai ubi je la.. tapai ubi tu yg rare!

    ReplyDelete