Sepetang Di Pulau Nami
Assalamualaikum..
Pergh..baca tajuk, mesti korang ingat Cik Nor pergi bercuti ke Korea kan? Tapi itu semua poyo jer. Berangan boleh la. Nak pergi Korea memang lambat lagi la. Dengan gaji yang ciput then cuti pulak susah dapat. Memang ke sudahnya tak perginya. Lain lah kalau Cik Nor kahwin dengan ViP.haha
Kemain Cik Nor membebel...sebenarnya tempat tu kat Kelantan jer. Lebih kurang setengah jam jer dari rumah sewa Cik Nor. Ingatkan jauh sebenarnya tapi tak pun. Hehe
Nama tempat ni sebenarnya Pantai Senok tetapi dia menyerupai Pulau Nami, Korea. Sebab tu kami panggil tempat ni Pulau Nami.hehe. Pantai Senok ini terletak dijajahan Bachok bersempadan dengan Kota Bharu. Memang tak jauh sangat la kalau korang nak pergi dari Kota Bharu. Cik Nor sedap la cakap sebab bawak guide tolong tunjuk jalan kalau tak makan buah langsat jugak.haha
Kalau korang dari Kota Bharu ambik jalan ke Kedai Lalat then lalu ikut Sering. Nanti dalam perjalanan akan jumpa Gertak Pok Nik Loh. Nampak stesyen petrol Caltex korang kena slow sebab lorong masuk ke Pantai Senok ni before Caltex. Kalau terlajak sikit tak per boleh lalu lorong depan sikit. Dia ada banyak lorong. Kalau ambik lorong sebelum Caltex kena masuk simpang ke kiri then terus jer sampai jumpa Pantai Senok. Kalau masuk ikut simpang depan Caltex terus jer tak ada belok kiri atau kanan. Eh ye ke Cik Nor bagi direction ni. Kalau salah harap maaf la. Tapi lebih kurang macam tu la jalan yang Cik Nor lalu.
Sila abaikan tudung Cik Nor yang kerepok tu. Angin kuat sangat tak dapat nak menolong. Sebenar tempat yang Cik Nor bergambar ni pokok baru. Ada yang lama dan cantik tapi segan nak pergi orang ramai sangat. Biasalah kan hari cuti maka ramailah yang ambik kesempatan untul beriadah bersama keluarga.
First time datang sini walaupun dah lama tinggal kata Kota Bharu.haha. Agak-agak Cik nor dah boleh jadi travel blogger ke?😂😂😂. Berangan..bandar Kota Bharu pun sesat. Buat malu jer.kihkih.
Korang kalau hari cuti g mana erk?
Dulu pegi Kelantan tak sempat singgah Pulau Nami ni 😢 Dengar cerita tempat tu menyedihkan sebab sampah sarap banyak
ReplyDeletekalu letak caption pulau nami pun org percaya cik nor ;-)
ReplyDelete