KELAINAN CITA RASA ENAK DENGAN SELERA ASIA | LEE KUM KEE
Assalamualaikum..
Pernah dengar jenama Lee Kum Kee kan? Jenama lama yang bertahan sehingga ke hari ni dan mendapat kepercayaan ramai untuk menyedapkan dan melazatkan makanan. Kini Lee Kum Kee hadir dengan rangkaian sos yang terkini dan lebih umphh dari yang sebelum ini. Tak percaya? Jom tengok apa kelebihannya. Oppss..sebelum terlupa...Rangkaian Lee Kum Kee ni halal yer. Ada logo halal kat botol dia yer.
Rangkaian
sos Asian Twist oleh Lee Kum Kee
menjanjikan tarikan yang berlainan kepada selera anda dan menjadikan juadah
lebih lazat dengan perisa enak dari Vietnam, Jepun dan Thailand!
Vietnamese Style
Lemon Dressing memberikan
sentuhan segar kepada hidangan dengan perahan buah lemon yang membuka selera
dan madu manakala Japanese Style Dressing pula
menambah keenakan perisa umami yang unik
dalam setiap hidangan bersama campuran cuka beras, kicap, bijan dan sos lada
masin. Menjadi kegemaran sejati bagi rakyat Malaysia
yang sukakan rasa yang berbeza, Thai Sweet & Sour Dressing bakal
menjadi pilihan utama dengan perisa dari cuka beras serta sos ikan.
Tanpa MSG
tambahan, rangkaian Asian Twist oleh Lee
Kum Kee adalah sos yang boleh digunakan sebagai kuah salad atau pun pencicah.
Tidak kira sama ada anda mahukan sos bagi menjadi gandingan dalam hidangan
salad rangup, celupan enak untuk popia dan gyoza, atau ingin menyediakan
sandwic lebih lazat untuk bekal makan tengah hari anak anda, Asian Twist oleh Lee Kum Kee mampu
menambahkan perisa menarik kepada sebarang hidangan Asia atau pun Barat.
Semua orang
tahu bahawa sos adalah rahsia sebenar yang menjadikan hidangan itu lebih lazat,
tetapi tidak semua orang mempunyai masa atau kemahiran menyediakan juadah yang
lazat dan memuaskan hati dari bahan asas. Sos Asian Twist oleh Lee Kum Kee menawarkan penyelesaian mudah yang
serba boleh kepada pengguna bagi menyediakan hidangan snek sihat yang sedap
rasanya.
"Tidak
mudah untuk mendapatkan keseimbangan, antara penyediaan yang senang dengan
pemakanan yang sihat terutamanya pada harga yang berpatutan, tetapi kini dengan
sos Asian Twist oleh Lee Kum Kee, pengguna
boleh menyajikan salad lazat dan menyediakan snek di rumah atau di tempat kerja
dalam masa yang singkat. Rangkaian baru sos ini sesuai untuk mereka yang sentiasa
sibuk serta mahukan penyelesaian juadah segera tanpa mengetepikan faktor
pemakanan sihat,” kata Encik Vincent Chui, Pengarah Pemasaran Serantau Lee Kum
Kee Malaysia.
Rangkaian sos Asian Twist oleh Lee Kum Kee dijual pada harga runcit RM8.90 setiap satu dan boleh didapati di semua AEON, Ben’s Independent Grocer (BIG) dan Village Grocer.
qekra tak pernah cuba. nk kena cuba ni ;)
ReplyDeleteFirst time dengar jenama ni 😂 Adakah sy ketinggalan zaman?
ReplyDeleteakak penah dengar tapi belum pernah guna lagi.. sedap eh ciknor?
ReplyDeletecantik botol2nya
ReplyDelete