Breaking News

Bila Blogger KL Jumpa Blogger Kelantan

Assalamualaikum..

Pergh..tajuk macam filem gangster pulak. Mana taknya blogger KL jumpa blogger Kelantan udah macam nak bergaduh.haha. Tapi hanya imaginasi korang jer...eh korang pulak yang kena. Hehe. Cik Nor baik mana boleh gaduh-gaduh ni. Baik lah sangat😂😂😂.

Macam ni ceritanya, Cik Nor join Kelab Blogger Ben Ashaari setahun yang lepas. Dalam kelab tu ada blogger dari setiap negeri. Cik Nor dan 2 orang lagi blogger wakil dari Kelantan. Yang 2 orang lagi tu lelaki. Cik Nor seorang jer perempuan😀😀😀. Cerita ni 2 minggu lepas berlaku, tapi Cik Nor sibuk tak sempat nak updates awal. Hari ni baru berkesempatan. Hari apa eh...selasa ke rabu...Nani whatsapp Cik Nor katanya nak datang Kelantan. Erkk.. terkejut kejap Cik Nor, yelah biasa whatsapp kat group sahaja ni nak jumpa face to face pulak. Cuak ni. Hihi

Hari yang ditunggu tiba jua, tapi Cik Nor terlewat sikit la g ambik Nani kat airport sebab kat kampung hujan dan kilat takut nak keluar awal. Masa sampai kat airport tu memang tawakal jer sebab tak kenal sangat rupa Nani kat luar. Yelah dalam gambar lain luar gambar lain. Hehe. Ternyata Nani sama rupanya dalam dan luar gambar. Senang nak cam. Hehe. Cik Nor jer dalam gambar lawo sangat kat luar lagi lawoooo..haha.

Dah pick up Nani kat airport tanya dia nak pergi mana. Katanya nak pergi jalan-jalan dulu tak nak check in hotel lagi takut bila dah masuk hotel malas nak keluar dah. Memang betul la sangkaan dia, kalau dah masuk bilik memang tak keluar balik dah. Tambah check in kat Hotel Perdana pulak, memang melekat la bontot kat katil.hihi. Akhirnya Cik Nor bawa Nani pusing-pusing kat Wakaf Che Yeh. Kasi cuci-cuci mata. Harga tak payah cakap la kalau kata Wakaf Che Yeh. Kalau Cik Nor orang Kelantan tak boleh nak tawar ni orang luar. Harap la.huhu. dalam cuci-cuci mata tu Nani sempat jugak grab tudung dan makanan-makanan Kelantan.

Dah siap cuci mata, singgah makan pulut durian. Entry dia kat Sini. Dah siap makan lebih kurang pukul 12.00 malam baru check in. Dah sampai bilik dan mandi past tu belum apa-apa lagi Cik Nor dah 😴😴😴.hihi. Esoknya awal-awal lagi check out dah breakfast sekali dengan Nani. Cik Nor kalau pagi sangat tak selera sangat nak makan. Hehe. Lepas hantar Nani ke tempat seminar balik umah ready untuk pergi kerja. Tengah-tengah syok kerja Nani whatsapp dia tukar tempat seminar. Nasib la ada peserta yang tahu last minute tempat dah tukar. Boleh lah tumpang diaorang.

Petang selepas kerja, terus pergi airport hantar barang-barang Nani sebab tuan dah pergi airport dulu.hehe. Nani keluar awal dari seminar tu, nak tunggu Cik Nor lambat sangat balik kerja, tu dia pergi dulu. Dah sampai tu, sempat lagi lepak-lepak dengan Nani sementara tunggu dia boarding. Yelah kejap jer jumpa, nak borak pun macam tak habis jer. Hehe.

Nak kenal Nani? Ni link blog dia http://umminani.com. Boleh kenal dia dengan lebih dekat lagi. Dia kerja apa, macam mana orangnya. Meh terjah blog dia😊😊😊

13 comments:

  1. wah bestnya..nnati kita datang kelantan kita roger..hehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya nanti nk gi jupo cik nor plak, boleh??
    Tak pon jom gi perhentian cik nor..

    ReplyDelete
  3. nok roger cik nor etek eh kalu balik ,bawa ai jalan2 klate deh hahaha,koya mek sue...arghhhh rindu nak balik kampung huwaaa...

    ReplyDelete
  4. Best dpt hangout sesama mcm ni

    ReplyDelete
  5. Kalau saya, cik nor..dalam fb/ig/blog, kemain ramah mesra tau tapi kalau jumpa depan2..mau terkedu jap..saya pemalu ya amattt..tu jarang attend event...kalau cik nor jumpa saya, no worry..saya ramah orangnya cuma ambil masa nak mesra..hehe

    ReplyDelete
  6. dari blog ke alam nyata ya cik nor... akhirnya bertemu jua

    ReplyDelete
  7. Best kan dpt jumpa blogger lain..

    Bila laa terserempak blogger ni haha.

    ReplyDelete
  8. syoknya dapat jumpa blogger lain..lagilah blogger yang dah lama kenal di alam maya.

    ReplyDelete
  9. amboi.. gather2.. aritu gi kelantan tak sempat jumpa ciknor.. tp kita segan nak jumpa awak.. hihihi

    ReplyDelete
  10. syoknye mengeratkan lagi silaturahim kak nor n nani... rumah sy dkt je dgn pasr borong wcy tu k.nor...

    ReplyDelete
  11. Wah wah.. Best dapat jumpa... Ros pernah ke Kelantan masa tahun 2001 je. Lepas tu, tak berkesempatan nak pergi lagi...

    ReplyDelete
  12. ALhamdulillah...dapatlah mengeratkan silaturahim katanya ye cik Nor. Bolehlah nanti terjah blog nani

    ReplyDelete