Breaking News

Chefmanship Akademi | Bazar Ramadhan MPKB

Pendaftaran untuk program inovatif UFS


Assalamualaikum..

Minggu lepas (11/05/2017) telah berlangsungnya satu program yang di panggil Chefmanship  di antara Unilever Food Solution (UFS)dan peniaga/penjaja Bazar Ramadhan 2017 dengan kerjasama MPKB.  Ianya berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan. Program ini dipengerusikan oleh Tuan. Hj. Azman Bin Mohd Paham ( Ketua Penolong Pengarah Perhubungan Awam MPKB dan di hadiri oleh dif-dif kehormat iaitu

 i) Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa KerajaanTempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan Darul Naim
 ii) Yang Amat Berbahagia Dato’ Hj Zamri Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)
iii) Yang Berusaha Encik Azizan Bin Haji Mohamed,  Pengarah Bahagian Perlesenan MPKB 

Chefmanship Akademi (CA) yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) kini memberi nafas baru untuk program inovatif dengan memperkenalkan modul baru iaitu pengurusan sisa dan lebihan makanan.

CA merupakan satu-satunya pusat setempat untuk pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi chef bagus berasas penekanan di atas keusahawan bijaksana melalui memperkenalkan modul terbaru mulai sekarang.

Program ini adalah sebahagian dari Rancangan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Plan) dengan matlamat meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.

 ​Sambutan hebat dari penjaja Bazar Ramadhan MPKB 

Pengurus Jualan Nasional UFS Eric Chong berkata di upcara pelancaran: “UFS sungguh berbangga bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk taklimat khas ini dengan penglibatan lebih dari 400 pengendali makanan sempena Bazar Ramadhan tahunan.

“Kami telah menerima maklumbalas positif untuk modul kini iaitu keselamatan makanan serta pengiraan kos dan sungguh wajar untuk memperkenalkan program terkini iaitu pengurusan sisa dan lebihan makanan.

“Berdasarkan data dari Instititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), pembaziran makanan oleh rakyat Malaysia berjumlah 8,000 tan sehari dan kebanyakannya masih bersih dan boleh dimakan.

Pengurus Jualan Nasional UFS Eric Chong memberi penerangan lanjut tentang CA
“Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menganggarkan pembaziran makan sedunia berjumlah 1.3 bilion tan, bernilai RM4.4 trilion setahun dan cukup untuk memberi makan kepada 3 bilion orang.

UFS sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia sejak CA dilancarkan pada tahun 2013. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS),  Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Ucapan oleh ​Yang Amat Berbahagia Dato’ Hj Zamri Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)

Eric berkata: “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini dianggarkan lebih 43,000 pengendali  makanan sudah terlibat dalam CA.
“Kami amat bangga bekerjasama dengan rakan sepandangan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan dan ini membantu kami untuk terus maju.
“UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya pengendali makanan yang terlibat dalam CA dapat meningkatkan teknik dan memperolehi pandangan mendalam untuk pengurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.”
Pengendali makanan akan diberi lebih kesedaran tentang trend industri dan memahami keperluan peraturan. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman mengikut kerja dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.
    

Pengurus Jualan Nasional UFS Eric Chong menandatangani jaket cef disaksikan (di belakang) oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan Darul Naim serta Yang Amat Berbahagia Dato’ Hj Zamri Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)

Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orangramai tidak terjejas bila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan atau keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan.
“Untuk mengeratkan komunikasi dengan pengendali makanan dan pihak perniagaan runcit, UFS telah mewujudkan satu rangkaian WeChat yang merangkumi lebih dari medium utusan alat mesej segera, di manakita juga boleh berinteraksi dan memberi maklumat dan juga tip bagaimana untuk menjadi pengendali makanan
yang lebih baik.

“Kandungan rangkaian in termasuk resipi baru, aplikasi dalam mainan yang kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my,” Eric berkata.

Corat -coret sekitar majlis.



 
 

7 comments: