KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Sunday, May 7, 2017

Susah Bercakap Dengan Orang Berlagak Serba Tahu


Assalamualaikum..

Malam ni update blog sambil menonton rancangan mentor millenium akhir. Penuh debaran orang kata. Bukan Cik Nor kata.haha. Korang tunggu lah sampai ke akhir. Lepas updates blog Cik Nor nak tidur dah. Nanti jangan lupa updates kat facebook yer😁😁😁

Korang ada tak member yang berlagak semua dia tahu padahal dia tak tahu apa-apa pun. Huh..Cik Nor ada seorang kawan macam tu lah perangai. Tanya itu tahu tanya ini tahu. Adoii.. padahal apa yang dia cakap tu semua tak betul. Kita tak boleh nak debate dengan dia. Mesti dia nak menang. Cik Nor pulak jenis malas melayan. Lantak ko lah labu.

Dia ingat Cik Nor orang kampung senang jer la nak perlekehkan Cik Nor. Anggapan dia memang salah la. Dia tak tahu kawan-kawan Cik Nor educated person. Tak faham atau tahu pasal something just whatsapp jer diorang.  Pasti jawapan yang tepat dari diaorang. Bukan main hentam jer. Benda tak tahu tapi cakap tahu. Susah kalau ada kawan macam ni.

Kadang-kadang tu Cik Nor saja jer nak uji. Padahal Cik Nor dah tahu jawapannya. Ternyata jawapanya macam membodohkan Cik Nor jer. Tapi Cik Nor jenis tak mudah melatah, anggaplah jawapannya ...jawapan budak baru belajar. Huhu. Orang macam ni sebenarnya tak boleh layan sangat makan di layan makin banyak yang dia merapu perkara yang entah apa-apa.

Korang ada tak kawan berlagak serba tahu macam kawan Cik Nor? Kalau ada, apa perasaan korang berkawan dengan orang macam tu? Jom share😊😊😊

7 comments:

  1. Dulu ada la member macam tu. Memang geram jer. Pantang dilawan. Kalau dia join group sembang. Memang masing-masing angkat kaki la. Sekarang ni takde dah la. Alhamdulillahh

    ReplyDelete
  2. opcoz ada Cik Nor.. tapi kalo da terkena skali CT cuba elak dari terus berurusan dengan dia. unless kalo terpaksa hehe..

    ReplyDelete
  3. Hahaha ada Cik Nor. Kalau dia dengar berita baik pasal orang lagilah dia takmau kalau, mulalah nak bercerita kakak dia pun sama, abang dia sama, atok dia sama, pakcik pun sama, tension.

    Cakap taknak kalah, serba tahu, serba boleh.

    ReplyDelete
  4. huhuhu...
    klu cmtu, mmg nieyl xkan tanya apa²...huhuhu

    ReplyDelete
  5. ada gak cik nor..saya malas nk layan..kalau dia cerita apa2, dengar je la..tak kose nak bangkang sbb dia je betul..

    ReplyDelete
  6. Haha. Susah jugak nk mengadap org mcm ni kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...