KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Monday, May 8, 2017

D'D NAZ Cafe

Gambar dari pakcik google

Assalamualaikum..

Orang lain sibuk update pasal keputusan mentor millenia mala tadi. Cik Nor tak feel nak updates sebab tak tengok dari awal lagi. Kalau rancangan lawak sedap jugak layan, ni nyanyian tak layan sangat la. Banyak sangat rancangan nyanyian sekarang ni. Tiap-tiap stesyen tv ada rancangan nyanyian. Bosan jer rasa.

Baik updates pasal makan-makan ada jugak perasaan. Tengok makanan memang mengujakan. Kena pulak rasanya sedap dan harga berbaloi. Apa lagi..walla. Kisah hari sabtu lepas bekas housemate yang kerja KL datang KB sebab ada tugasan yang masih selesai ditempat kerja lama dia. Dia ajak keluar makan-makan tapi tak tahu nak makan kat mana. Sebelum tu pergi ronda-ronda kat KB Mall tapi tak ada tempat makan best kat situ.

Gambar dari pakcik google

Mula-mula decide nak makan kat Hello Kitty Cafe tapi bila sampai sana cafe nya tutup la pulak. Tak tahu la pulak cafe ni tutup hari sabtu. Fikir punya fikir...teringatlah cafe dekat kawasan rumah sewa Cik Nor. Semua setuju test makanan kat cafe tu Cik Nor on jer..hehe

Tempat dia memang menarik, ada open air dan ada yang berhawa dingin. Tapi tak puas hati sikit la dengan kawasan berhawa dingin dia tak rasa sangat aircond dia. Beria la Cik Nor and the gang cari tempat aircond tapi tak puashati.huhu



Cik Nor order mihun tomyam. Not bad la rasanya..sedap dan menyengat tapi isinya sikit sangat. Yang banyak cuma sampah sarat seperti serai, daun limau purut, bawang putih dan bawang besar. Lauknya cuma da isi ayam 2 3 ketul. Paling menyedihkan sebiji tomata cuma dibelah 2 je. Bapak besar Cik Nor cakap ko. Harga boleh tahan rm6.50 semangkuk.


Cik Nor order air jagung. Nak order air mahal-mahal kan tak sedap buat rugi jer. Memang betul  sangkaan Cik Nor. Air jagung dia cair jer. Sedap lagi air yang jual kat pasar malam. Air jagung dia kaw lagi walaupun harganya sama rm2.00.

Kawan-kawan lain ada yang order nasi goreng, bihun goreng dan masing-masing ada yang tak puashati. Harap pihak pengurusan cafe ni dapat menigkatkan lagi mutu masakan dimasa akan datang. Memang tak dinafikan servis dia cepat tapi makanan macam out sikit. 

Tang cashier dia kemain lagi make up macam make up nak kahwin. Makeup sikit-sikit sudah lah dia seriau hakak tengok orang makeup tebal malam-malam ni. Haha

Cik Nor bagi 2/5 bintang untuk cafe ni.

3 comments:

  1. Kebanyakkannya memang macam tu. Masa mula pembukaan memang banyak isi semua. Bila dah lama mcm ci nor ckp la banyak sampah dari isi. Orang berniaga kalo nak kekal lama jangan la buat macam ni. Bayar punya mahal tapi servis ke laut.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya harga kena setanding dgn makanan. Kita byr mahal, tapi sedap takpelah. Puas hati sikit. Kan...

    ReplyDelete
  3. mcm mekap nak kawen? dia baru lps bersanding kot cik nor haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...