KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, November 4, 2016

Semak Keputusan Peperiksaan Anak-Anak Secara Dalam Talian

Assalamualaikum..

Bila dah akhir-akhir tahun macam ni banyak peperiksaan penting berlangsung. Antaranya UPSR, PT3 dan SPM. Memang dah menjadi kebiasaan bila keputusan peperiksaan di umumkan ibu bapa sudah semestinya akan ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak dan berjumpa guru kelas anak-anak.




Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi dengan adanya SAPS. Apa itu SAPS? SAPS ialah sistem semakan keputusan peperiksaan online yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Ianya bagus dan berguna kerana ibu bapa tidak perlu lagi ke sekolah untuk menyemak keputusan Peperiksaan anak-anak dengan cepat dan tidak perlu lagi berjumpa dengan guru kelas anak-anak.  Keputusan peperiksaan apa yang boleh disemak secara online? Antaranya UPSR, PT3 dan SPM.

SAPS Ibu Bapa  boleh disemak dihalama  ini kerana ianya lebih laju.  Semakan analisis peperiksaan sekolah untuk ibu bapa yang mahu memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak mestilah menggunakan website ini kerana ianya lebih mudah di akses. Keputusanya cepat dan menjimatkan masa.  Sistem ini amat berguna kepada ibu bapa yang bekerjaya dan tidak masa untuk ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak. Kita seharusnya berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyediakan sistem yang mudah dan berguna kepada ibu bapa, murid-murid dan guru-guru.

Cara mudah dan cepat untuk menyemak SAPS Semakan Ibu Bapa.

Ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut dengan mudah:

Untuk lebih mudah dan cepat, anda boleh ikuti langkah-langkah mudah yang berikut:

1. Klik pautan ini untuk terus akses sistem SAPS Semakan Ibu Bapa bagi tujuan semakan keputusan peperiksaan anak anda --> http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php .

2. Kemudian anda hanya perlu masukkan no sijil lahir (bagi anak yang sekolah rendah) atau kad pengenalan (untuk anak sekolah menengah). Pastikan anda memeriksa bahawa detail yang diisi itu adalah betul.

3. Kemudian ambil pilihan yang anda ingin semak sama ada untuk keputusan untuk sekolah rendah atau keputusan untuk sekolah menengah (jika sekolah rendah, guna surat beranak, jika sekolah menengah gunalah kad pengenalan).

4. Kemudian pilih tahun peperiksaan yang anda mahu semak. Ibu bapa juga boleh menyemak keputusan tahun-tahun sebelumnya juga untuk membuat analisis dan semakan anda.




SAPS NKRA-Semakan Ibu Bapa ialah satu sistem untuk menyimpa data pelajar yang di asakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Seri Muhiddin Yassin sewaktu beliau menjadi atimbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sistem SAPS NKRA telah dicipta bagi meluaskan akses kepada mutu pendidikan yang lebih baik dan bersistematik.

SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan  Sekolah. Manalaha NKRA adalah singkatan kepada maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara). SAPS NKRA dicipta bagi digunakan oleh para ibu bapa, guru-guru dan juga setiausaha peperiksaan (SUP).

Ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak di pautan : SAPS Ibu Bapa -Semak Keputusan Peperiksaan (disini). Memang agak menjimatkan masa dan cepat tapi walau apa pun keputusan peperiksaan anak-anak ibu bapa jangan cepat membuat keputusan. Jika keputusannya akan merundum jangan marah dan cuba berbincang terlebih dahulu. Cari jalan penyelesaian agar segala masalah dapat dirungkai. Anak-anak tidak tertekan dan kembali bersemangat untuk terus maju didalam peperiksaan.



SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan NKRA adalah satu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang telah diperkenalkan dan dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia

Kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini turut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga dimana boleh memantau perkembangan prestasi belajar selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak atau jagaan mereka melalui Aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) berkenaan

Cik Nor harap dengan perkongsian ini dapatlah ibu bapa menjimatkan masa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Teknologi dihujung jari katakan.

4 comments:

  1. wah senang laa...anak2 pon takleh ngelat dah

    ReplyDelete
  2. Ye betul tu normi. Saya pun dah praktikkan kemudahan ni utk 3 anak sejak ianya diperkenalkan. ^_^

    ReplyDelete
  3. nanti time zara dah sekolah, takde alasan la nak sorokkan result dari mama dia. hihi..

    ReplyDelete
  4. Ha a mmg boleh tengok kat sini. Kadang tu leceh jugak tau sebab kena on laptoplah pulak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...