Syahirah Vitalis Eau De Cologne | Haruman Memukau
Assalamualaikum...
Wanita dan wangian memang tak dapat dipisahkan. Asal ada perfume baru mesti nak dicuba. Sekali cuba, terus terpikat. Confirm perfume tu menjadi pilihan hati sampai bila-bila.
Dulu-dulu memang tahu syahirah ni ada pencuci muka dan krim muka. Tu pun tahu sebab mak pengguna tebar produk syahirah. Bila syahirah keluarkan perfume sendiri, Cik Nor tak lepaskan peluang untuk mencuba. Ternyata hasilnya..,memang puashati.
Hadiakan wangian syahirah ni buat yang tersayang.
Pasti dia senyum sampai ke telinga. Cik Nor ingat nak hadiahkan sebotol kat mak. Harap mak suka la nanti.
Jom Cik Nor perkenalkan koleksi terbaru wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi
wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah
Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti
membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori
manis mengenai anda. Syahirah Vitalis
Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman
tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri
hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor,
menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman
pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend
terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya
juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.
Rangkaian Syahirah
Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura
positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar
anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman
ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata
lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita
disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di
sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka.
Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De
Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame
individu menerusi kuasa harumannya.
Hanya semburkan sedikit
haruman Syahirah Vitalis
Eau De Cologne pilihan anda
daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal
menyerlah. Syahirah
Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis
Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama
Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De
Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut
karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan
pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman
yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:
1.Glam
Star
Haruman
yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi
tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti.
Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini
akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social
ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.
2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan
nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi
vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan
nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah
turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.
3.Celebrite
Haruman dengan
esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan
orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar
impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi
bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap
semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.
4. Haute Couture
Percaya pada
diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran
harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan
kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman
yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’
anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai
perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan
anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh
glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasihanya untuk acara-acara istimewa.
botol dia cntik sgt..
ReplyDeletebetol kata yui.. botol dia cantik sgt...
ReplyDeletenak satu please hehehe...
ReplyDeleteRsa syng nk guna kn cik nor. Dh la botolnya pun cantik.. 😍😍
ReplyDeletemesti bau dia sedap..
ReplyDeletecik nor wangi laa smpi ke KL ni ;-)
ReplyDeleteDahsyat sungguhlah bisnes review Cik Nor sekarang ni hihi
ReplyDelete