Kenangan Mengusik Jiwa
Assalamaulaikum..
Semalam bukan main pulun Cik Nor publish entry copy and paste. Hari ni macam tiada idea nak tulis apa, tapi usahakan juga untuk menulis sebab macam jarang benar Cik Nor updates blog guna idea Cik Nor sendiri. Yang entry copy and paste, entry berbayar tau. Bukan saja-saja rajin nak tolong PR.hihi. Mana entry copy and paste free of charge Cik Nor dah tak buat sekarang keculai yang dapat media kit yang berbaloi.hehe Hidup ni keras dik, kena demand lebih sikit.
Berbalik kepada gambar kat atas tu, tu gambar buku autograf Cik Nor masa form 5 dulu. Cik Nor jumpa dalam rak buku masa cari buku-buku lama nak jual preloved. Tak sangka masih tersimpan elok walaupun dah berusia 26 tahun. Ya Allah..lama dah Cik Nor tinggalkan alam persekolahan. Rasa nak balik semula ke zaman tu. Zaman yang tiada masalah hidup. Tak perlu nak fikir hutang, mana nak cari duit lebih, kos sara hidup tinggi dah macam -macam lagi.
Zaman sekolah memang best Cik Nor rasa, balik sekolah semua dah tersedia. Nak makan mak dah masak, siap makan lantak ko lah nak buat kerja sekolah atau nak pergi melepak rumah kawan. Mak tak ada nak marahnya tapi berpada-padalah. Tapi Cik Nor jarang melepak rumah kawan kecuali kalau ada yang ajak main lompat getah. Itu mesti onz punya.haha
Dalam buku autograf tu macam-macam pesanan dan nasihat ada. Semuanya dari kawan-kawan yang sama-sama dok asrama masa form 5. Oh..lupa nak bagitahu yang Cik Nor masa form 5 dok asrama sebab cikgu sekolah galakkan kelas top dok asrama supaya senang nak hadir kelas tambahan malam. Pembetulan, kelas jer top Cik Nor tercorok dalam kelas.haha
Orang lain kerja best2, Cik Nor jer penganggur terhormat merangkap blogger suam kuku.haha. Rasa nak bakar jer buku autograf tu tapi sayang pulak. Bila tengok tulisan dalam tu banyak dah kembang dan dah tak boleh baca, memang confirm hunban dalam api lah jawabnya. Waa..simpan duluh..tunggu tulisan dalam tu tak boleh baca langsung baru Cik Nor bakar..haha. Hah..gitewww.
Banyak kenaangan yang tersimpan dalam buku tu terutama percintaan zaman sekolah dulu. Cinta monyet orang kata. Memang betul cinta monyet sebab menghilang macam monyet melompat entah ke mana. Bila muncul dah ada wife dan anak dah.haha. Ada Cik Nor kesah.. Nama pun cinta monyet, biarkan ia berlalu macam angin petang.
Eh, panjang pulak merapu kali ni. Sebelum korang muntah hijau baik Cik Nor stop. Jumpa lain entry.
Baca juga : Salam Terakhir
meme la kenangan lalu mengusik jiwa tp x nak lah kembali ke zaman lampau sbb nanti kena hadapi saat2 pahit plak! X sanggup!
ReplyDeletesy dulu rajin buat buku autograf ni ms sek rendah... msk sek men dah tak buat sebab pindah sek men je 3 kali. mmg x dan laa nak rapat or berkenalan ni hehehe
ReplyDelete