Breaking News

Salam Terakhir

Coretan tanpa gambar ini aku abadikan buat sahabat yang bernama Rosnani Muhamad ( Kini telah pergi buat selama-lamanya)

Assalamualaikum..

Awal pertemuan kita memang tidak dirancang. Kita mula-mula dipertemukan di Tadika Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenerih. Aku tidak mengenali mu dan kamu tidak mengenali aku tapi kita saling berkenalan walau pada masa itu kita masih budak hingusan. Aku dan kamu tetap bersama walaupun kita telah meningkat dewasa. Aku dan kamu ditempat didalam kelas yang sama dari tahu satu sehingga lah tahun enam. Pergi sekolah sama-sama, balik pun sama-sama. Bezanya aku berbasikal dan kamu pula berjalan kaki tau menumpang rakan-rakan lain. Sekolah Kebangsaan Pangkal Jeneri banyak meninggalkan kenangan zaman kanak-kanak kita. Disinilah semuanya bermula.

Masa berlalu begitu cepat dari darjah enam kita ke tingkatan satu.  Sekolah Menengah Seri Intan sekolah menengah kita. Aku dan kamu masih disekolah yang sama tapi di kelas yang berbeza. Aku dikelas pertanian dan kamu pula dikelas sain rumah tangga. Dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan kita masih disekolah yang sama. Walaupun berbeza kelas namun kita tetap bertegur sapa bila berjumpa. Tinggal di asrama bersama-sama dan sama-sama mengharungi kehidupan seorang pelajar yang bakal menduduki SPM. Disekolah menengah banyak lagi kenangan tercipta. Semuanya sukar untuk dinyatakan disini. Hanya kita yang tahu.

Berlalu SPM kita membawa haluan masing-masing. Aku dengan cara aku dan kamu dengan cara kamu. Aku ke universiti begitu juga kamu. Aku berjawatan biasa tapi kamu bergelar seorang guru. Kamu nun jauh di selatan dan aku pula ke sana ke mari mencari kerja yang sesuai dengan kelulusan aku.  Namun kamu tidak pernah sombong dengan aku. Bila berjumpa sentiasa bertegur sapa. Bilalah hari raya kamulah yang beria-ria membuat reunion untuk menyatukan kawan-kawan sekolah kita dulu walaupun sambutanya tidak menggalakan. Aku tetap support kamu setiap kali majlis itu diadakan. Ketika itu aku dan kamu masih lagi solo. Rakan-rakan lain ramai yang sudah berumah tangga, tinggal kita dan beberapa orang rakan lain.

Masa berlalu begitu pantas sehingga aku mendapat tahu kamu akan berumah tangga dengan pilihan hati kamu. Alhamdulillah, syukur bertemu jodoh juga kamu akhirnya.  Majlis perkahwinan kamu diadakan dengan penuh meriah. Ramai kawan-kawan sekolah kita turut hadir memeriahkan majlis kamu begitu juga aku. Gembira bukan kepalang bila kamu kahwin. Walaupun sehingga ke hari ini aku masih lagi solo. Di awal perkahwinan kamu dihadiahkan berita gembira bila kamu disah hamil. Namun semua itu tidak lama, kerana kehamilan kamu itu diluar luar rahim. Kamu begitu tabah menghadapi saat itu.

Perkahwinan jarak jauh kamu berakhir jua bila kamu dapat kembali bertugas di negeri sendiri setelah bertahun di negeri orang. Walaupun kita sudah tidak berjauhan lagi namun pekerjaan kita membuatkan kita masa untuk kita berjumpa begitu terhad. Lagipun kamu sudah mempunyai keluarga sendiri.

Awal tahun 2018 aku dikejutkan dengan berita kamu dimasukkan ke hospital kerana batuk teruk dan asthma yang berpanjangan. Aku sempat melawat kamu ketika itu kamu sudah 2 minggu dimasukkan ke HRPZ II. Kamu nampak ceria pada masa itu, padahal dalam hati hanya Allah yang tahu sakit yang kamu tanggung. Selepas beberapa minggu sakit kamu masih belum sembuh dan kian parah. Aku hanya berdoa dari jauh semoga kamu cepat sembuh. Dari berita orang kampung melawat kamu, keaadaan kamu pada masa itu semakin teruk sehingga setiap masa kamu perlu bernafas menggunakan oksigen.

Aku mendapat berita sedih lagi bila mendapat tahu kamu menghidap barah paru-paru. Ya Allah beratnya dugaan yang kamu terima. Hati aku sudah tidak keruan bila mendapat tahu barah kamu sudah ditahap 3. Hanya doa mampu ku titipkan buat kamu. Selepas kamu membuat kimoterapi aku berniat untuk melawat kamu kerana kamu sudah semakin pulih. Ternyata pertemuan terakhir aku dihospital dulu adalah pertemuan terakhir kita. 2 hari sebelum Tahun Baru Cina aku mendapat berita kamu telah menghempuskan nafas terakhir pada pukul 4.00 petang. Aku kelu seketika, aku rasa macam tidak percaya secepat itu kamu pergi meninggalkan kami.

Pada hari rabu pukul 11.00 pagi kamu selamat dikebumikan dan aku mintak maaf banyak-banyak kerana tidak dapat menghadiri pengebumian aku. Dari jauh aku sedekahkan al-fatihah dan yassin untuk kamu. Semoga kamu tenang disana.

Rosnani Muhamad dari NYA kamu datang, kepada NYA kamu kembali. Semoga roh kamu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al- fatihah.

11 comments:

  1. Salam takziah buat kawan Cik nor... Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. rapat dari kecil mesti dah anggap macam family sendiri. Bertabahlah sis terima ujian dariNYA. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  3. Salam Takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah...

    ReplyDelete
  4. Takziah ciknor. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamin

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainna ilahirrojiun..semoga ro Arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..aamiiin

    ReplyDelete
  6. sedihnya... dalam takziah...innalillahi wainna ilaihi raajiun

    ReplyDelete
  7. Sedihnya cik nor.... alfatihah utk arwah moga Allah ampunkan dosa dosanya.

    Dugaan memasing berbeza kan... nasib kita tak tahu lagi huhu

    ReplyDelete
  8. salam tkziah cik nor.
    sakit tu sebab je allah nak ambik hambanya kembali.
    kita juga mnyusul.

    ReplyDelete
  9. innalillah....
    moga arwah di kalangan org yg beriman.

    ReplyDelete