Menjawab Persoalan Blogger Anies
Assalamualaikum..
Cik Nor ni dah macam biskut chipsmore kan? Kejap updates blog, kejap hilang. Kalau hilang korang mesti dapat agakkan? Penyakit M Cik Nor mai dah tu. Nak buat laptop pun terasa berat sangat.haha. Ni rajinkan diri jugak sebab rasa macam dah lama tak updates entry baru kat blog. Kot-kot ada yang rindu dengan kemerapuan Cik Nor ini.
Berbalik kepada tajuk diatas, Anies ada komen kat entry yang Cik Nor sharing pasal kelebihan berpuasa hari asyura tu. Dia tanya Cik Nor puasa khamis dan jumaat atau Jumaat dan sabtu. Mula tu ingat nak puasa hari jumaat sahaja. Biala baca dan dengan ceramah ustaz-ustaz bertauliah kita kena puasa 2 hari untuk membezakan puasa orang islam dengan puasa orang yahudi.
Maka berpuasalah Cik Nor dan emak Cik Nor pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari jumaat alhamdulillah semuanya smooth time puasa tu. Syukur jugak waktu berbuka adik Cik Nor belanja makan nasi arab. Rezeki orang kata..alhamdulillah.. Rezeki jangan ditolak.
Nak cerita hari ke 2 punya puasa. Mencabar giler rasanya tapi gigih jugak untuk teruskan sampai berbuka. Masa sahur tu kepala rasa lainmacam dah. Tak menduga pulak dia nak sakit kepala. Pagi tu ok lagi..rasa sakit tu biasa-biasa jer. Ingat nak rehat kat rumah jer, tapi lupa nak kena pos buku terpakai sebab buyer dah bayar. Keluar kejap pergi pos buku dan hantar nenek balik rumah dia kejap. Nak tengok rumah katanya. Untuk pengetahuan korang nenek Cik Nor sebelum ni duduk sendirian tapi ditemani anak lelaki dia. Oleh kerana dia dah tak larat memasak jadi kami ambik dia duduk dengan kami.
Balik dari pos buku, kena masak pulak sebab yang tak puasa. Masa tu kepala dah rasa berat dah. Masak jugak lah yang simple-simple sebab ada 4 orang yang tak puasa. Dah siap solat zohor dan dah hidangkan nasi untuk adik oku dan nenek terus masuk bilik tidur weh. Ayah dan adik lelaki sorang lagi pandai-pandailah cedok nasi sendiri. Kepala dah tak boleh fikir apa lagi ni.
Lebih kurang pukul 2 macam tu kot terus tidur denga kain basah dikepala. Ingat bangun nak solat asar tu dah ok tapi makin kuat. Nak berbuka tinggal beberapa jam jer lagi. Lepas solat asar baring jer dalam bilik. Kepala berdenyut weh. Pukul 6,30 baru masuk dapur kemas apa yang patut dan ready untuk berbuka.
Lepas minum air, makan kurma dan makan roti sikit terus mandi. Sebelum solat makan penadol siap-siap takut tingtong masa solat. Bagi yang kata tak elok telan penadol mintak maaf sangat-sangat Cik Nor bukan telan selalu. Time sakit sangat jer telan ni. Selagi boleh tahan Cik Nor tahan jer.huhu
Itulah dugaan puasa dikala panas berdeting sekarang. Yang pasti Cik Nor sakit kepala sebab takut cukup air dalam badan dan esoknya ada naik sesuatu dalm mulut Cik Nor. Itu tandanya badan Cik Nor kurang air dan panas dalam.
Eh panjang pulak celotehnya. hehe
Dugaan dalam berpuasa..
ReplyDeleteNieyl boleh bayangkan, semoga hari-hari akan datang cuaca akan berubah...
tidak terlalu panas mcm skarang ni...
uihhh teruk juga tu cik nor... mujur laa x sampai dibawa ke hospital...
ReplyDeleteMoga ibadah ciknor diterima Allah...aamin
ReplyDeletememang betul cabaran puasa hari asyura baru2 ni. abe kie posa hari khamis n jumaat. posa hari sek meme ada cabarannya sbb susah nak lelapkan mata sekejap. Bila balik umah tu terus abe kie tdo..sedar2 dah jam 5.30 pm. cpt2 bangun solat asar...
ReplyDeleteSama kita kak, tak mau selalu langsung minum obat. Selagi bisa tahan, biasanya saya tahan dulu. Apalagi kalo sakit kepala, saya lumayan sering mengalami. Dan biasanya dah tahu penyebabnya karena kurang tidur, atau makan yg tak beratur. Makanya tak suka selalu nak minum obat, kecuali saya tak bisa tahan .
ReplyDeletealhamdulillah berjaya jugak puasa sampai berbuka, cik nor...kita sama cik nor, kalau sakit selagi boleh bertahan memang tahan tak nak makan panadol...dah sakit sangat baru telan jugak...
ReplyDelete