Menyampah Pulak Aku..
Assalamualaikum..
Tajuk tu kemain kan, tak tahu lah kisahnya apa. Kalau dulu sewaktu aktif sangat ber blogging ni, Cik Nor suka tinggal komen kat blog orang. Walaupun komen tu hanya 2 patah perkataan tetap jugak tinggal supaya tuan tanah tahu kita singgah blog dia. Tapi sejak penyakit M datang semuanya tinggal kenangan. Haha.
Apa yang Cik Nor menyampah tu? Cik Nor kerap perhatikan ada seorang pengomen tu, Ya Allah rajain nau mengomen blog orang. Tiap-tiap bula nam dia dia jer on top. sesetengah bliogger ada yang bagi hadiah bila pengomen tu paling banyak komen. Yang Cik Nor menyampah bila orang yang sama jer tiap-tiap bulan dapat hadiah. Bukan cemburu tapi bagilah peluang kat orang lain nak dapat hadiah sekali sekala.
Cik Nor time rajin banyak lah komen kat blog korang tapi tak niat pun nak dapar hadiah. Saja balas kunjungan korang kembali. Bonus la kalau bulan tu rezeki Cik Nor dapat hadiah. Bukan nak dapat hadiah tiap-tiap bula macam sesetengah orang tu. Ni kalau ada pengumuman pengomen tegar mesti nama dia jer yang naik.
Cer sesekali tu bagi peluang kat orang lain pulak yang tak pernah dapat hadiah lagi. Kalau 3 blog Cik Nor singgah, asyik nama dia jer yang jadi pengomen tegar atas. Cik Nor sendiri pun lama dah tak dapat hadiah pengomen tegar. Malas tu salah satu punyanya, tapi yang penting bagi peluang kat orang lain pulak.
Entry ni bukan cemburu atau dengki tapi meluahkan apa yang terbuku dihati.haha. Kan ada pulak yang kata eh, tuan blog tak kisah pun bagi hadiah kat orang yang sama, ko kecoh pulak apasal. hahaha. Kan dah cakap sekadar meluahkan sahaja.
Baca juga : Lihatlah Dunia..Aku Pengomen Tegar
Alahai...sanar Cik Nor sabar, jangan marah2...sebab tu la akak ni punya contest top komentator kat blog pemenang bukan ornag yang sama setiap bulan walau nama orang yang pernah salah seorang yang menang tu ada di atas sekali. akak nak bagi semua merasa kalau boleh..akak memang dah bagi tau awal- awal and so far xde masalah..
ReplyDeleteTak baik nyampah Cik Nor nanti jadi terpaling suka eh!
ReplyDeleteMrs. A sama macam cik Nor singgah komen blog orang bukan nak harapkan hadiah sajalah nak berkongsi komentar gittewww...
Ada baiknya juga tuan/puan blog yang bagi hadiah top komentar tu menghadkan kepada 3 kali sahaja muka yang sama menang komen dalam setahun walaupun orang tu top pengomen berkali-kali. Tahun depan barulah reset semula yang dah 3 kali menang boleh menang lagi arrr... gittewww.... #sekadarcadangan
Bagus lgi klo ada org sama komen, kita guna spin wheel utk tentukan pemenang top komentar kan, baru adil!..
ReplyDeleteCuya pon jarang2 komen skrg, ada penyakit M jugak. Opps!
boleh PM kot kt bloger tu...bagi laa hadiah kat org lain jg... ;-)
ReplyDeletePestime nampak Cik Nor marah .. kita pun lama dah tak membalas BW, busy dah nak duduk lelama depan laptop, baca blog orang guna hp jer.. sebab tu nama kita pun dah lama tak tersenarai memana pengomen tegar hehehehe moga ada rezeki Cik Nor nanti yaaa
ReplyDeletenieyl pun dah lama tak buka blog..
ReplyDeleteapatah lagi BW ni..dah lama tinggalkan...
Tapi x tahu la..minggu ni perasaan rindu nak menaip blog datang secara tiba-tiba..
jadi, termuncul la hehehe...Cik nOr takmo marah2 tauu...nieyl singgah ni ♥
jgn marah2 ye. sbb tu abe kie hadkan seseorang tu boleh menang top commenter setakat 3X je sbb nak bagi peluang samarata kpd semua rakan blogger.
ReplyDeleteJangan marah ye ciknor.. kita pun dah tak sempat nak komen kat mana-mana sekarang ni. Ni baru sempat nak bw semula dah
ReplyDeleteSaya salut dengan bloggers Malaysia yg sering kali mengadakan GA untuk pengomen terbanyak 👍👍. Saya sendiri sering BW, tapi memang karena suka saja baca blog teman2, termasuk blog teman Malaysia. Tak ada niat utk ikutan BW, secara jauh juga nak kirim hadiah, nanti lebih mahal biaya kirimnya 😂.
ReplyDeleteTapi setuju dengan yg kakak bilang, memang lebih BGS diundi merata yaaa, misalkan top 5 saja. Atau yg sudah pernah menang di bulan sebelumnya, tak diikutkan lagi sampai 5x. Baru nanti boleh ikut lagi. Jadi adil hadiah terbagi