Bila Ko Sibuk Memanjang
Assalamualaikum..
Rasanya dah dekat seminggu Cik Nor tak updates blog mengikut idea Cik Nor yang tak berapa nak betul; ni. Kalau updates dengan idea copy & paste tu memang adalah. Kalau tak silap dari sebelum raya lagi Cik Nor tak mengetuk keyboard ni. See..betapa sibuknya Cik Nor. Haha. Sibuk kee buat-buiat sibuk? Lantak ko lah Cik Nor janji ko happy foreber.
Minggu nak raya tu, hari isnin hantar nenek pergi chek up sebab dah 2 tahun dia tak pergi check up. Sebab korang jangan tanya..haha. Kena sidai kat situ berejam, pukul 12 baru balik. Esoknya keluar beli lauk-pauk untuk hari raya. Pukul 1 baru sampai rumah, nasib baik dah tapau lauk kat luar. Balik cuma masak nasi sahaja.
Hari rabu sibuk nak buat ketupat, esokkan nak raya. Buat dalam 4kg tak banyak pun, nak bahagi-bahagi pada saudara mara yang datang. Nak bagi daging tak dapatlah sebab family Cik Nor tak ada yang buat korban tahun ni. hehe. Kakak sulung dia buat korban tapi dia rumah lain so bukan kat rumah Cik Nor la.
Hari raya pun masih sibuk masak, hanya Cik Nor jer yang ada kat rumah. Semua kerja atas kepala Cik Nor lah. Yang dah kahwin faham-faham lah..memanjang rumah mentua. Lantak ko lah dah mentua ko sayang. Ada Cik Nor kisah? Tak de pun. huhu. Masak apa pagi raya tu? Simple jer, nasi hujan panas, kerutuk ayam, kampung, acar timun dan sambal.
Disebabkan terlampau sibuk, sampai ke hari ni Cik Nor tak ucapkan selamat hari raya Qurban kat semua pembaca blog Cik Nor.haha. Giler kentang punya sibuk.
Apa-apa pun Salam Aidiladha buat semua pembaca blog Cik Nor. Jangan makan daging banyak takut darah tinggi.hehe. Jaga diri dan jaga kesihatan yeer semua.
Baca juga : Cerita Raya Haji Tahun Lepas
salam aidil adha kembali.. biasa la tu..ada time kita pun busy jugaks..
ReplyDeletebila baca ni kedengaran macam banyak betul cik nor kena memasak...
ReplyDeleteapa apa pun salam aidiladha utk cik nor sekeluarga
Salam Aidiladha Cik Nor..Busy betul tu..Saya pun sama masa raya haji baru ni, baper hari tak update blog...pdhal ada je kat umah tak blik kampung pun..hehe..x tau lah apa yg busy benor...
ReplyDeleteHehehe. Faham sangat perasaan orang bujang macam mana bila tiba hari perayaan. Penat yang amat. 🤣
ReplyDeleteSemoga CN cekal. Salam Aidiladha!
kite pon da lama x aktif cik nor
ReplyDeletetak update blog jugak...aarghh...banyak betul benda nak kena buat..
ReplyDeleteSalam aidiladha 1444 H
ReplyDeleteSalam Aidiladha yang dah lepas..hehee..Busy betol tuhhh!!! Tak cukup kaki tangan ni rasanya ek 😅 Raya Aidiladha pun simple je biasanya Kalau kat Johor tempat saya ni..hehee..
ReplyDelete