Cara Kesan Kehadiran Kepala Air
Assalamualaikum..
Beberapa hari selepas umat Islam menyambut Hari Raya Qurban, negara di kejutkan dengan tragedi sekeluarga yang hilang dihanyutkan oleh kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih.. Berita yang begitu menggemparkan rakyat Malaysia terutama mereka yang suka berkelah di kawasan sungai atau jeram.
Jom kita kenali apa itu kepala air dan bagaimana cara untuk mengesan kehadiranya.
Apa Itu Kepala Air ?
Kepala air bermaksud gelombang aliran air yang terhasil secara mengejut dalam kuantiti yang besar dan ia bermula dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Fenomena ini kebiasaannya berlaku apabila hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
Cara Mengesan Kehadiran Kepala Air
1. Langit gelap di bahagian hulu sungai
Sebaik sahaja tiba di lokasi air terjun atau sungai, kita digalakkan untuk melihat keadaan cuaca sekeliling sebelum melakukan sebarang aktiviti. Walaupun keadaan kawasan kita mandi cerah, kita perlu lihat keadaan langit di bahagian hulu sungai. Kalau langit gelap dan mendung, kemungkinan bahagian hulu sungai sedang hujan dan arus air yang deras dari atas akan turut ke bawah.
2. Bunyi guruh dan kilat
Kalau kita dah dengar bunyi guruh dan kilat dari arah hulu sungai, lebih baik untuk kita berhenti dari melakukan sebarang aktiviti air. Arahkan anak-anak untuk naik ke atas dan boleh segera berkemas untuk mengelakkan dari berlakunya perkara tak diingingkan. Elakkan dari berteduh di bawah pokok besar sebab takut disambar petir.
3. Bunyi batu sungai jatuh
Bila berlaku hujan yang lebat dekat hulu sungai, kita mesti boleh dengar bunyi batu-batu sungai yang jatuh dan berlaga. Bunyi batu sungai yang bergerak dan jatuh ke bawah ni sangat kuat, jadi agak pelik kalau kita tak menyedarinya
4. Air sungai berbuih
Bila kepala air semakin dekat, kita akan dapat lihat perubahan warna air yang jernih kepada keruh. Air sungai juga akan berbuih dan paras sungai turut menaik dengan mendadak. Masa ni jangan buat-buat berani dan cepat-capat naik ke atas jauhkan diri dari tebing sungai. Tinggalkan barang-barang jika keadaan memaksa sebab nyawa lebih penting.
Selepas semua tanda-tanda ini terjadi, tidak lama selepas itu kita akan dapat melihat kepala air yang tiba dengan kelodak, daut reput, ranting, pokok dan segala sampah yang hanyut dibawa arus deras.
Jika ada tanda-tanda diatas hadir ketika anda berkelah, pastikan ada berpindah ke tempat yang lebih selamat atau tidak perlu menungga di situ untuk meneruskan aktiviti. Sebaiknya pulang ke rumah supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Baca juga : Tragedi Malam Raya
Salam Takziah buat ahli keluarga mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..aamiin.. Al-fatihah
Takut. Semoga dijauhkan dari pengalaman dengan kepala air ni.
ReplyDeleteKadang2 susah nak perasan.
ReplyDeletePenah kena masa duduk Ulu Kenas dulu. Cuaca panas terik. Tiba2 macam ada angin kuat semacam.
Nasib baik abah Syu tau tu kepala air. Terus stop mandi & naik ke atas.
Memang deras airnya.
takut rasanya
ReplyDeleteBila dengar berita gitu takut rasa
ReplyDeleteSimpati dengan keluarga 9 beranak yang jadi mangsa kepala air tu
ReplyDeletesaya rasa kita sendiri boleh buat andaian berdasarkan cuaca. bila tengok setiap hari hujan sbg contoh, kita boleh congak sendiri mcm mn keadaan sungai meskipun ketika tu bkn musim hujan atau sebaliknya...
ReplyDeletesalam takziah buat 9 mangsa yang terkorban dlm kejadian kepala air di terengganu baru2 ni...