Breaking News

Sinopsis Drama Obsesi Dia

Sinopsis Drama Obsesi Dia 

Ulang tahun ke-18 Affiyah bertukar tragedi apabila dia secara tidak sengaja menyaksikan pembunuhan yang kejam. Takut menjadi mangsa seterusnya, Affiyah yang diugut oleh pembunuh berjaket hud telah berjanji untuk merahsiakan peristiwa tersebut daripada orang lain.


Affiyah yang ketakutan telah didesak oleh ibunya untuk menceritakan tentang peristiwa yang disaksikannya. Akhirnya, Affiyah menceritakan tentang peristiwa tersebut dan ibunya bertekad untuk membuat laporan polis. Hal ini sampai ke pengetahuan pembunuh berjaket hud itu dan telah menaikkan api kemarahannya dan bertindak untuk membunuh ibu Affiyah.


Sejak itu, Affiyah takut orang sekelilingnya dibunuh dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan segala rahsia pembunuh berjaket hud itu. Namun, rahsia mula terbongkar satu persatu oleh orang sekeliling Affiyah yang mahu mencari kebenaran di sebalik misteri pembunuhan bersiri itu. Adakah pembunuhan bersiri ini bakal berterusan? Berjayakah pembunuh berjaket hud itu ditumpaskan?


Lakonan hebat : Sophia Albarakbah sebagai Aaliyah/Aafiyah, Zaki Azeman sebagai Zacky, Zahiril Adzim sebagai Rafeeq Mikhael, Ashraf Muslim sebagai Rizq, Jay Iswazir sebagai Doktor Zahin, Fify Azmi sebagai Adelia Sofei, Alif Hadi sebagai Rafeeq Adam


Baca juga : Dia - Episod Akhir

3 comments:

  1. kalau ada zahiril adzim kompem best cerita ni!

    ReplyDelete
  2. cerita misteri buat trtanya tanya. zahiril pelakon yg best ni

    ReplyDelete
  3. mcm best je drama ini. kena tengok la nanti...

    ReplyDelete