Breaking News

Resepi Kerutuk Ayam Kampung

 

Assalamualaikum..

Kat rumah Cik Nor ni ayah suka bela ayam kampung, ye lah nak makan ayam bandar harga asyik tang tu. Entah bila nak turun harga pun tak tahulah. Bila ada yang dah besar-besar ayah sembelih 2 atau 3 ekor buat stok lauk dalam peti sejuk. Kalau malas Cik Nor suka buat singgang jer. Tapi bila thap kerajinan tu ada Cik Nor mai, jadi kerutuk lah ayam tu..hehe.

Jom Cik Nor kongsikan resepi kerutuk ayam kampung versi Cik Nor.

Resepi Kerutuk Ayam Kampung

1. 1 ekor ayam kampung (potong ikut citarasa anda)

2.  4 ulas bawang merah

3. 3 ulas bawang putih

4. 4 batang serai

5. 1 inci halia

6. 1 inci lengkuas

7. 2@ 3 keping asam keping

8. Santan ( dari sebiji kelapa)

9. Kerisik ( separuh kepala)

10. 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kayu manis & pelaga)

11. 3 sudu besar rempah kerutuk

12. Garam, gula dan gula melaka secukupnya

13. Minyak masak untuk menumis

Cara-carannya : 

1. Kisar bahan 2 hingga 6 bersama rempah kerutuk sehingga halus. Panaskan minyak dan tumiskan dlu 4 sekawan. Bila sudah wangi, masukkan bahan kisar tadi. Biarkan seketika dan tunggu sehingga pecah minyak.

2. Masukkan ayam dan gaul sebati dengan bahan-bahan yang ditumis tadi. Kemudian masukan santan, asam keping, kerisik, garam, gula dan gula melaka.

3. Tutup periuk dan biarkan ia seketika. Oleh kerana Cik Nor gunakan ayam kampung yang muda, Cik Nor masukan semua terus bahan-bahan perisa. Kalau ayam tua kena tunggu ia empuk baru Cik Nor masukkan perisa takut ayam tu jadi liat.

4. Bila dah mendidik korang boleh cuba kuahnya, kalau ada yang kurang boleh terus tambah kerana kuahnya cepat kering bila dimasukkan kerisik.  Orang boleh pilih nak yang berkuah atau kering.

5. Kalau Cik Nor suka yang berkuah sikit sedap makan bersama nasi panas dan ulam timun.  Selamat mencuba resepi simple dari Cik Nor ini.

Baca juga : Resepi Gulai Daging Bersama Kentang

4 comments:

  1. boleh cuba ni..kadang dah kebuntuan nak masak apa..hehe..

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa ayam kampung. msk apa pun sy telan. kalau ada ketupat/nasi impit lg ummmphhhhh👍👍👍

    ReplyDelete
  3. sedap tu. daging kerutuk pun sedap....makan dgn nasi panas2

    ReplyDelete