Breaking News

5 Amalan Pada Hari Jumaat Yang Rugi Kalau Ditinggalkan

Hari Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari. Pada hari ini jugalah terkumpul segala fadhilat dan kelebihan dalam beramal.

Maka sepatutnya kaum muslimin menjadikannya sebagai satu peluang untuk direbut bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan mereka seperti 5 amalan yang dianjurkan oleh syarak.

1. Membersihkan Diri

Mandi, bersugi, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik adalah sangat digalakkan bahkan mendapat pahala sebelum datang ke masjid.

2. Membaca Surah Al Kahfi

Terdapat pelbagai kelebihan membaca Surah Al Kahfi antaranya menghindarkan diri daripada fitnah dajjal dan juga akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumaat. Rasulullah SAW bersabda;

3. Berselawat Kepada Nabi Muhammad SAW

Memperbanyakkan berselawat kepada Nabi SAW adalah digalakkan pada setiap masa. Namun, pada hari Jumaat lebih diutamakan kerana lebih banyak kelebihan dan berganda pahalanya.

Selawat ini adalah sebagai simbol bagi menzahirkan kecintaan dan ingatan kita kepada Nabi SAW. Orang yang kita cintai biasanya akan selalu terbayang di minda dan sering terucap di bibir.

Maka sepatutnya kecintaan sebegitu adalah layak untuk Rasulullah SAW atau mungkinkah kita langsung tidak ingat kepada Baginda. 

4. Solat Jumaat

Menunaikan solat Jumaat bagi lelaki yang cukup syaratnya adalah wajib kecuali jika terdapat keuzuran yang dibenarkan syarak.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan. 

5. Bersedekah

Salah satu amalan yang begitu digalakkan pada hari Jumaat adalah memberi sedekah.

Jika kebiasaan hari kita tidak sempat untuk bersedekah, maka eloklah kita jadikan tabung masjid pada hari jumaat sebagai tabung pahala kita.

Belum tentu harta yang kita ada sekarang adalah milik kita tetapi harta yang kita infaq pastinya akan menjadi milik kita.

Baca juga : Tazkirah Jumaat

5 comments:

  1. terima kasih cik nor atas nasihat ni. td pi hantar isteri ke airport PC...bergegas balik ke TM. Mujurlah sempat sampai di masjid besar semasa khutbah dibaca... x suka bermusafir pd pagi jumaat sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. paling mudah bersedekah tu laa... even RM1 pun dah bsr pahalanya

    ReplyDelete