Breaking News

Sinopsis Drama I Love You Mr. Clown

 


Sinopsis I Love You Mr Clown

Kisah Fariz (Nabil Aqil) bekerja sambilan sebagai seorang badut program amal yang menghiburkan pengunjung pusat membeli belah bagi mengutip dana persatuan kanak-kanak kanser. 

Nisa (Yuna Rahim) pula seorang gadis yang telah menamatkan pengajian selama 6 bulan dan mula berasa resah apabila semua temuduga yang dihadirinya gagal mendapatkannya kerja tetap di mana-mana syarikat. Nisa ingin berdikari dan mencari kerja di luar perniagaan keluarganya tapi masih tidak berjaya. 

Keresahan Nisa bertambah apabila fobianya terhadap badut semakin teruk. Ia telah mengganggu tidurnya selepas dikejar badut di sebuah pusat membeli belah. 

Tambahan pula, bapa Nisa mempunyai musuh yang hendak membalas dendam kepadanya menerusi Nisa. 

Walau pelbagai insiden terjadi, namun ada seorang badut yang sering berada di tempat kejadian untuk menyelamatkan Nisa. Siapakah gerangan orang tersebut? 

Dapatkah Nisa dan Fariz lari dari insiden yang menghantui mereka ini? Bolehkah Nisa melepaskan dirinya daripada ketakutan akan badut itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa? 

Dilakonkan Oleh Nabil Aqil sebagai Faris, Yuna Rahim sebagai Nisa, Safwan Nazri sebagai Adan, Putri Hanan Shahidah sebagai Wani, Ameerul Asyraf sebagai Nazlan, Faizul Syaharin sebagai Khalid, Farisha Irwayu sebagai Rogayah, Alif Hadi sebagai Luqman Hakim, Eizlan Yusof sebagai Musa, Aleza Shadan sebagai Katty, Natasha Elyzza sebagai Zerry, Afifah Nasir sebagai Larisya


2 comments: