Bila Dah Berumur, Diam Itu Lebih Baik
Assalamualaikum..
Alkisah tajuk entry tu macam ni, 2 3 hari lepas Cik Nor ada komen kat status kawan FB pasal menu rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ni. Cik Nor ni sejak dah bertambah usia ke alam remaja purba memang jarang nak komen. Hari tu komen la, saja suka-suka tulis yang harga makanan kat Kelantan lagi murah dari menu rahmah tu.
Entah dimana silapnya ada seorang hamba Allah tiba-tiba menyampuk seisi balas-membalas komen kami berdua tentang harga makanan kat Kelantan. Kemain lagi cakap dia datang Kelantan tak pernah jumpa lagi makanan harga bawah RM10. Macam pelik jer ayat tu, sebab rata-rata makanan pagi di Kelantan masih lagi ada harga bawah RM5. Kecuali korang makan kat kedai makan mewah dan siap ada penghawa dingin memang tak dapat la harga tu.
Satu lagi kalau makan tengahari pun masih ada lagi makanan yang harganya bawah RM10. Contohnya nasi kukus harga masih lagi RM5 ataupun RM6, kecuali korang ambik banyak lagi memang tak dapatlah harga tu. Itu harga makanan sekitar Machang la, tempat lain tak tahu lah pulak. Tapi rasanya kat Tanah Merah pun harga lebih kurang tu jugak. Cik Nor pernah bungkus nasi daun pisang sewaktu balik dari temujanji mak kat Hospital Pasir Mas, harganya lebih kurang RM7 sebungkus.
Cik Nor kalau bercuti ke mana-mana memang suka sewa homestay dari dok di hotel sebab boleh masak sendiri. Kita tahu kemampuan kita tahap mana untuk bercuti. Cik Nor tak suka canang keburukan negeri orang sebab salah kita sendiri. Kalau poket tak tebal bercutilah ikut kemampuan kita, jangan nak salahlah negeri tersebut. Kita yang tentukan hala tuju percutian kita, kalau bajet sikit belilah makanan kat gerai-gerai tepi jalan sudah memadai. Kalau bajet banyak makan selalu kat tempat viral pun tak kisah.
Bukan nak kata makanan kat Kelantan ni murah sangat tapi kami yang dok kat kampung masih boleh bungkus makanan kat kedai lagi la. Faktor kenaikan harga barang pun salah satu punca harga makanan naik tapi tepuk dada tanya hati, belanjalah ikut kemampuan kita.
Lepas tu orang yang komen tu siap cakap, itulah kali pertama dan terakhir dia datang Kelantan. Allahu.. Cik Nor siap balas, tiada paksaan untuk datang ke Kelantan. Kalau rasa tempat lain makanan lagi murah dari negeri Kelantan sila lah bercuti ke negeri lain..haha
Baca juga : Cuti-Cuti Malaysia| Lost World Of Tambun Part 2
Ye betul...diam lebih baik dari semak- semak otak
ReplyDeleteaduh laaa, orang mcm ni pun ada hmm
ReplyDeleteitulah..nak komen apa2 kena fikir banyak kali..
ReplyDeletebetul...ammi masa pegi Kelantan haritu rasa macam segala mende nak makan sbb murah.. nasib baik perut ni sedang2 je sizenya
ReplyDeletehurmmm pelik, kat mana agaknya dia makan tu ekkk
ReplyDeletemesti dia alami pengalaman pahit laa tu ms dtg kelantan
ReplyDeletePelik dia sesat ke mana tu tak jumpa yang murah, emak baru ke Kelantan. Harga masih mampu beli
ReplyDeleteKat Kelantan harga makanan masih murah-murah..kawan2 yang asal dari Kelantan pun cerita, dorang balik Kelantan lagi suka membeli sebab harga murah-murah...
ReplyDeleteitulah diam lebih baik kan dari berkata kata
ReplyDeleteBetul tu lebih baik diam sebab tu loni kin banyak diam
ReplyDelete