Bila Ex-Company Ko Buat Hal Lagi
Assalamualaikum..
2 3 hari lepas terkejut jugak bila tiba-tiba ex-roomate call. Ingat benda penting apa lah sampai tak boleh nak whatsapp, sampai nak kenal buat panggilan. Masa tu suspen jugk la. Yelah lama tak whatsapp tiba-tiba call. Cuak tiba-tiba..haha. Rupanya nak cerita pasal budak praktikal kat syarikat dia sebelum ni kerja kat ex-syarikat tempat Cik Nor dulu.
Cik Nor sejak berhenti kerja dulu memang tak ambik tahu langsung pasal ex tu. Yelah sibuk-sibuk tanya kita bukan staf kat situ lagi. Ada juga whatsapp dengan staf yang masih ada lagi kat situ, cuma tanya khabar sahaja. Pasal syarikat memang tak pernah tanya, takut orang kat kita meroyan nak kerja balik kat situ.hehe
Berbalik kepada tajuk entry, budak praktikal tu nama Sue kot.Lupa lak.hehe. Senang nak cerita kalau letak nama. Sue ni memohon jawatan sebagai Jurutera Mekanikal kalau tak salah. Masa dia diterima bekerja, dimaklumkan jawatanya adalah tetap tapi bila masuk 2 bulan kerja rasanya offer letter masih tidak dikeluarkan. Ex bos Cik Nor dulu suruh draft sendiri surat lantikan, nanti dia akan edit mana yang perlu. Bila Sue ni tulis jawatan dia tetap, ex-boss Cik Nor kata jawatannyan kontrak. Menyirap jugak darah Sue masa tu, dah la kerja banyak tiba-tiba jawatan kontrak..
Bila part terima slip gaji, gajinya dipotong untuk caruman KWSP dan Perkeso. Biasanya kalau kontrak dia hanya dapat gaji penuh tanya caruman KWSP dan Perkeso. Nak carum boleh tapi mengikut persetujuan bersama. Ini offer letter pun tak keluar tiba-tiba gaji kena potong untuk caruman. Untik pengetahuan semua, Sue dah resign dari company ni selepas 3 bulan bekerja kerana tidak tahan dengan kerenah bos dan jurutera kanan suarikat ni.
Oleh kerana Cik Nor pernah laporkan isu pemberhentian kerja Cik Nor dulu kat pejabat buruh, dia mintak pendapat Cik Nor tentang masalah dia ni. Cik Nor bagi nasihat supaya laporkan sahaja kepada pejabat buruh, KWSP dan Perkeso. Jangan takut kita ada hak untuk lindungi diri kita dah syarikat seperti ini. Kenapa nak kena lapor kat KSWP dan Perkeso? Bila dia check dengan kedua-duanya tiada caruman dibuat sedangnya gaji dia telah dipotong untuk caruman tersebut.
Cik Nor syorkan agak dia sediakan dokumen selengkapnya sebelum ke pejabat buruh. Sekali lagi bila check ada sebulan gaji yang tidak dibayar selain gaji sebelum surat resign diberikan. Mula-mula dia agak takut untuk membuat laporkan sebab dia staf dalam tu ugut dengan mengatakan bos dia ada orang dalam kat pejabat buruh tu sebab tu kes Cik Nor tak menang.
Cik Nor terangkan kat dia, bukan Cik Nor kalah kes tu tapi Cik Nor tak nak besarkan dan tak nak aibkan orang. Cik Nor ambik hak Cik Nor jer, selebihnya biar dia tanggung kat sana nanti. Kalau Cik Nor ni jahat memang fight dah kes tu dan Cik Nor mungkin akan dapat pampasan berpuluh-puluh K. Tapi itu bukan kehendak Cik Nor, Cik Nor nak biar dia sedar wujudnya undang-undang pekerjaan. Ingat lepas kes Cik Nor tu dia sedar diri rupanya belum lagi. Makin sedap buat salah..adoii.
Nak tak nak Cik Nor sokong Sue ni supaya buat laporan kat pejabat buruh supaya dia sedar Malaysia ada undang-undang bukan main takat muat jer. Kerja banyak, gaji murah, offer letter tak ada, sekejap jatawan tetap, sekejap jawatan kontrak, caruman tak dicarum.. Ermm banyak jugak kesalahan dia. Harap Sue ni menang lah kes ni. Nak berjimat pun agak-agak la, jangan sekat rezeki orang.
Baca juga : Kenapa Cik Nor Berhenti Kerja
hmm mana2 syarikat mmg macam ni kak. tempat kerja sy skrg pun sama. kwsp xbayar setahun (2022) tp dalam slip gaji tulis tolak. skrg ni masuk tahun 2023 baru start bayar. tu pun bayar setahun - setahun. xboleh bayar full terus. sebab adil untuk semua staf jgk. nak buat pinjaman apa2 pun susah.
ReplyDeleteoffer letter pun sama. bagi kerja awal. dah buat lepastu kita minta masukkan dalam JD, lambat betul nak keluar suratnya. alasan sbb nak teliti balik JD kita sebelum dimasukkan didalam offer letter. hawau dia. time bagi keje suruh kita buat ko tak fikir apa2, bila nak mtk masukkan dalam JD eh ko nak pikir dulu pulak. lol
hurmm dahsyat jugak isu dia ni ek...boleh pulak buat macam tu, susah bila takde hitam putih dari awal..senang2 dia je nak tukar term ikut kepala dia..memang kena report kat pejabat buruh kalo camni...sebagai pekerja, kena tuntut hak kita!
ReplyDeleteckp dgn sue jgn tkt pegi JTK. kalau x complete doc boleh dtg minta nasihat dulu. dah complete dtg lg sekali. kalau x buat mcm ni smpi bla2 laa nasib pekerja x terbela
ReplyDeleteehhh melampau ye main putar2 alam gitu. dah potong gaji tapi tak mencarum.
ReplyDeleteeiii benci betul company macam ni..tak nak pulak lingkup sbb aniaya pekerja-pekerja..
ReplyDelete