Tahniah Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Juara Famili Duo
Assalamualaikum..
Malam tadi berlangsungnya pertandingan akhir rancangan nyanyian di TV3 iaitu Famili Duo. Mesti korang kata, eh Cik Nor layan rancangan macam tu. Sebenanrnya Cik Nor tak layan pun rancangan macam tu tapi mak Cik Nor nak tahu siapa juara nya jer sebab dia minat kat anak Jamal Abdillah jer. Kitaorang tak tengok sepenuhnya yer. Kejap-kejap tukar channel TV2 tengok cerita hindi.haha
Malam tadi cerita hindi best jugak, Tamhaji - The Unsung Heroes kot tajuk dia. Lakonan Ajay Devgan dan Saif Ali Khan. Sebenarnya Cik Nor dah tengok cerita ni sebelum ni tak tak tengok awal-awal cerita. Tu yang tengok semula dari awal. Ending dia sedih juga, walaupun Tamhaji menang dalam peperangan tapi dia kehilang sebelah tangannya.
Bila iklan kat TV2 kami tukar jap tengok Famili Duo, tengok siapa nyanyi. Kalau yang nyanyi tu tak best kami tukar lagi.Begitulah seterusnya sehingga tamat cerita hindi..haha. Tukar semula channel ke TV3 tengok saper ntah yang nyanyi untuk persembahan terakhir. Tak sedappun diorang nyanyi.haha.
Nasib baik ada Khai Bhai jadi artis jemputan duet bersama Nabila Razali boleh gak cuci-cuci mata sementara juri mengira markah artis yang bertanding. Dekat pukul 12 jugak rancangan ni berakhir. Untuk peringkat akhir ini hanya 4 duo bertanding iaitu Zaki Yamami & Yamani Abdillah, Fina & Ayda Jebat, Sissy Iman & Naim Daniel dan Waniey Khary & Bella Astillah.
Duo yang telah tersingkir ialah Siti Saerah & Siti Saida, Sabhi Sadhi & Farid K.clique dan Ara Johari & Shafeeq Erween. Juara malam tadi milik anak-anak Jamal Abdillah, manakal tempat ke 2 pula jatuh kepada The Jebat, tempat ke 3 Waniey Khary dan Bella Astillah dan tempat ke 4 Sissy Iman dan Naim Daniel.
Lebat-lebat hadiah yang diorang dapat. Nak tengok video? Cari jer kat youtube..haha
Baca juga: I Can See Your Voice Malaysia
sempat tgk dua beradik ni perform smlm.. mmg berbakat keduanya👍
ReplyDeletenanti nak tgok persembahan mrka di youtube..
ReplyDeleteSaya langsung tak tengok cik nor .hahaha..
ReplyDeleteLah saya langsung tak follow cuma ingatkan adik beradik Siti dapat pergi final
ReplyDeletesaya tengok dari minggu 1 sbb sokong anak2 Jamal tu..dan diaorang juara..yeay....
ReplyDelete