Breaking News

Sinopsis Drama Serpihan Sayang

 

Sinopsis Serpihan Sayang

Kemalangan yang tak diundang telah mengubah hidup Nadia apabila ianya meragut nyawa anak yang masih dalam kandungannya. Tragedi itu telah mengakibatkan Nadia menghidap Postpartum Psikosis.

Nadia dan adiknya, Alisa tinggal bersama suami Nadia, Syakir. Nadia sering berjumpa dengan doktor psikiatri untuk mendapatkan rawatan terapi dan Syakir juga sentiasa mengambil berat akan kesihatan isterinya. Namun, kesihatan dan emosi Nadia sering terganggu akibat bekas isteri Syakir, Marina yang sering mengganggu ketenteraman rumah tangga mereka. 

Marina sering memaksa Syakir memberi nafkah yang lebih dari dijanjikan untuk anak mereka, Haziq yang berusia enam tahun. Meskipun Syakir tidak pernah terlepas untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, sikap Marina yang boros membuatkan Syakir sering bertengkar dengan bekas isterinya itu. 

Selepas 20 tahun terpisah, Imran, abang kandung kepada Syakir kembali semula di dalam hidup Syakir dan Nadia. Kehadiran Imran diikuti oleh pelbagai perkara aneh. Rahsia yang disimpan rapi oleh Syakir mula dibongkar dan penyakit Nadia kembali parah. Dapatkah Nadia mengatasi penyakitnya itu? Berjayakah Nadia dan Syakir mengharungi segala rintangan yang berlaku terhadap keluarganya? Dan siapakah Imran sebenarnya?

Lakonan hebat Fasha Sandha sebagai Nadia, Aeril Zafrel sebagai Imran, Shahz Jaszle sebagai Syakir, Elisya Sandha sebagai Alisa, Zarina Zainoordin sebagai Marina, Zizan Nin sebagai Razak, Tallisya sebagai Nina , Nick Syaf sebagai Mario, Amirul Asyhwad sebagai Asyraf, Ameerul Asyraf sebagai Malik, Nazzaty Rusli sebagai Farah , Syel Ramlan sebagai Mak Imran, Auni Zahra sebagai Yaya, Adam Darwisyh sebagai Abang, Syed Muhammad Irfan sebagai Adik, Adam Darwisyah sebagai Haziq

2 comments:

  1. ada juga tertengok citer ni sikit2..tapi tak concentrate sgt..tgk gitu2 je...

    ReplyDelete
  2. tgk gitu2 je drama ni... sbb sy tido awal..

    ReplyDelete