Breaking News

Resepi Roti Bakar Rangup

 

Assalamualaikum..

Alkisahnya malam tadi nampak roti keping yang Cik Nor belum bila entah elok lagi dalm bekas, rasanya dah expired tapi tak keluar cendawan lagi. Kira boleh makan lagi kot,haha. Korang jangan ikut macam Cik Nor tau nanti meragam pulak peru korang tu.hihi. Oleh kerana marjerin dah kehabiasan kat rumah Cik Nor pergi lah mintak rumah kakak kat belakang. Dia punya marjerin pun hidup segan mati tak magu..haha,. Korang faham-faham lah maksud Cik Nor tu.

Jom kita tengok bahan-bahan yang perlu ada nak buat roti bakar rangup ni.

Bahan-bahannya :

1. Roti yang baru atau dah dekat-dekat expired

2. Marjerin @ mentega

3. Gula pasir

Caranya :

1. Korang nak potong 4 pun boleh, korang nak buat sekeping besar macam tu pon boleh.

2. Sapu ke semua roti dengan marjerin atau mentega.  Bila semua dah sapu marjerin atau mentega boleh la di tabur gula pasir di atasnya. Nak letak sikit ke banyak gula tu terpulang pada citarasa masing-masing.

3. Bakar roti-roti tersebut dalam air fryer dengan suhu 180 selama 10 minit. Nak lagi garing boleh tambah masa sikit. Hati-hati takut terlampau garing tak sedap pulak.

Roti bakar rangup ni sedap dihidangkan bersama air kopi panas. Kalau banyak lebih boleh la simpan dalam bekas kedap udara  supaya ia kekal rangup. Kalau kat rumah Cik Nor tak sempat simpan dalam bekas sebab masing-masing dah simpan dalam perut dulu.haha.

Selamat mencuba.

Cuba juga : Resepi Pengat Nangka

3 comments:

  1. Fiza pun kalau roti lebih atau lebih due tapi tak expired, akan buat gini pakai AF

    ReplyDelete
  2. tq cik nor..selalu roti expired, saya pi buang je wpun tak ada tumbuh kulat/cendawan lagi..hehe..dasar suka membazir..hehe..lepas ni boleh lah try buat roti bakar yg cik nor share ni..

    ReplyDelete