Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali
Sinopsis Sekali Lagi Cinta Kembali
Aira (Siti Khadijah Halim) adalah seorang gadis yang lantang bersuara tanpa berfikir dahulu. Selepas melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba sewaktu ketiadaan Doktor Halina di pusat kaunseling, Aira secara tidak sengaja telah mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa (Izzendra) dan Zafran (Zaki Azeman) bercerai kerana nasihatnya. Oleh kerana Zafran terlalu marah, dia telah mendesak Aira untuk mengganti rugi keadaan itu dengan bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.
Sebaiknya bermula tugas menjaga Nek Som, adik kepada Zafran, Hayyat (Aniq Suhair) merasakan segala tindak tanduk Aira tidak kena di matanya. Namun, Aira tetap menjaga Nek Som dengan penuh kasih sayang. Kemuliaan hati Aira itu membuka mata Hayyat tanpa disedari, tetapi dek rahsia yang disimpan dia tekad tidak ingin membuka kunci hatinya kepada mana-mana perempuan.
Perasaan cinta mula berputik di hati Aira, dia yakin cinta Hayyat memang untuknya walaupun dia tidak menzahirkan perasaan cinta tersebut. Dapatkah Hayyat mengatasi kisah silamnya demi kasih kepada Aira? Apakah rahsia gelap Hayyat yang dirahsiakan dan membuatnya tekad untuk tidak bercinta lagi? Bolehkah Aira menerima kekurangan Hayyat dalam mencari bahagia mereka?
Lakonan hebat : Aniq Suhair sebagai Hayyat, Siti Khadijah Halim sebagai Aira, Zaki Azeman sebagai Zafran, Siti Hariesa sebagai Amirah, Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida, Kismah Johar sebagai Neksom, Izzendra sebagai Alisa, Nina KSC sebagai Tasha, Raja Azmi sebagai Badariah, Kuza Muzani sebagai Rozita, Ellyas Abdullah sebagai Imran, Shatirah Amanda sebagai Hanna, Syamim Farid sebagai Heliza, Lan Zailan sebagai Haji Azli, Kael (Michael Lean) sebagai Firdaus, Mohd Taha Ab Wahid sebagai Dato Azly , Jefri sebagai Nik Ramly
Baca juga : Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu
Penghayatan sebuah cerita menarik ni. Bolehlah tonton nanti
ReplyDeletesemuanya pelakon2 baharu yg abe kie x berapa kenal. tp x apa. boleh juga menontonnya nanti..
ReplyDeleteada juga kdg2 terlayan cerita ni..okey gak jalan cerita dia..
ReplyDelete