Resepi Masak Lemak Kuning Ikan Mata Besar
Assalamualaikum..
Dah lama benar rasanya tak kongsi resepi kat blog Cik Nor Nor. Resepi tak susah pun sebenarnya, simple tapi menyelerakan untuk dinikmati. Korang pun tahu kan Cik Nor bukan pandai dan tahu sangat masak. Takat yang biasa2 tu boleh untuk makan sesisi keluarga. Kalau nak panggil orang lain makan kena cari pakar yang masak..hehe.
Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk masak lemak kuning ini.
Bahan-bahanya :
1. Ikan mata besar 5 ekor ( yang sedan)
2. Santan ( dari sebiji kelapa)
3. Bawang merah 5 ulas*
4. Bawang putih 3 ulas*
5. Kunyit hidup atau serbuk kunyit*
6. Sedikit lengkuas*
7. Asam keping
8. Cili Padi( optional)*
9. Perisa (garam, gula dan penambah perisa)
10. Timun (ikut suka nak letak banyak mana)- nak potong serong boleh, nak potong panjang pun boleh.
*Bahan untuk di kisar
Cara-carnya :
1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam. Biarkan seketika.
2. Masukkan santan dan bahan kisar diatas ke dalam periuk serta buka api dengan perlahan.
3. Sementara menunggu santan dan bahan kisar mendidih, celurkan timun seketika dan toskan.
4. Bila kuah sudah mendidih, masukan ikan, perisa dan asam keping.
5. Biarkan dia mendidih seketika, baru lah dimasukan timun yang sudah dicelur tadi. Bila sudah mendidih, tutup api dan bolehlah disajikan bersama nasi panas serta ulam-ulaman.
Selamat mencuba
Baca juga : Resepi Kerabu Kacang Botol
Feberwt ank dara bungsu
ReplyDeletedia ckp masak kuning opah. Sb arwah opah rajin msk gini tp letak timun yg kuning tu ataupun belimbing
nampak sedap tu...
ReplyDeleteFav akak gak ni...biasa guna ikan kembung...pas tu mesti campur bahan lain..pucuk ubi ke..cili besar masukkan seketul2 ke..tomato ke...seap...lawankan plak ngan ikan masin goreng...walla!!!
ReplyDelete