Breaking News

Sanggup Berhabis Demi Kereta

Assalamualaikum..

Kalau tak silap Cik Nor cerita ni 2 minggu lepas punya. Baru teringat nak up kat sini, yelah bila dah tak ada idea baru tercari-cari apa yang nak updates kat blog. Bila tak updates rasa bersalah pulak kat pembaca blog Cik Nor. Datang-datang asyik baca cerita sama. Tak ada entry baru yang di tulis. Janji updates walaupun cerita hanya 2 baris sahaja.haha

Balik dari kenduri kesyukuran kawan kakak Cik Nor singgah pasaraya nak beli barang untuk majlis makan-makan dengan adik beradik. Kebetulan lalu nampak ada pameran autoshow kat Dataran Kemahkotaan, Machang. Ajak kakak dan anak buah singgah sekejap sebelum masuk pasaraya. Teruju jugak tengok kereta yang diorang modified. Cantik-cantik dan kemas weh diorang buat.

Lebih 10 buah kereta juga la join autoshow ni. Ada yang modified kat bonet belakang untuk letak speker, ada yang buat hiasan dalam dan ada yang modified enjin. Pergh..berapa la diorang berhabis untuk kereta mereka. Dalam hati masa dok tengok-tengok kereta mereka..hurmm..aku kereta calar kena langgar orang pun biar macam tu jer ni kan nak modified macam ni. Memang lambat lagi la.hhaha

Agaknya kalau Cik Nor buat modified macam diorang tu, mesti kena letak papan tanda. Jangan sentuh kereta aku. Haha. Kereta Cik nor sekarang enjin hidup, aircond sejuk pun dah syukur. Nak modified lebih-lebih tak payah la, kang ada jugak makan enjin kereta.haha

Agak-agak korang yanga ada kereta tu minat tak modifie macam diorang ni. Tak banyak gambar yang Cik Nor ambik sebab segan, yang datang tu majoritinya lelaki. 

Baca juga : Mana Aku Menghilang?

3 comments:

  1. Memang belanja besar kalau dah minat modified kereta ni. Suami Ina setiap bulan ada jee peruntukan untuk kereta. Macam-macam lah, ibaratnya kereta ni macam bini dia juga kena spend duit.. turbo. Barang ori jepun.

    ReplyDelete
  2. modify kereta ni bukannya keperluan jadi tak perlu buat la. sama je dgn abe kie. janji kereta tu selamat dipandu...ok lah..x perlu berhias bagai!

    ReplyDelete
  3. memang berbelanja besar nak modified macam ni, cik nor..besanya lelaki yg suka..kita perempuan ni, dari mekap kereta baik beli mekap untuk diri sendiri..haha...

    ReplyDelete