Breaking News

Sinopsis Novel Terus Cintai Aku - Aleya Aneesa

 


Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baik dia pilih membenci. Hati tak parah., jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa. Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki   hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah 2. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada temoat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati prang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerabna cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis.

Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta..memang pelik. ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

Baca juga : Sinopsis Novel Sejuta Nafas Cintamu

1 comment: