Breaking News

Hadiah Hari Lahir Tahun 2021


Assalamualaikum..

Tahun ni adalah tahun untuk menghapuskan gambar dalam gallery tahun lepas. Oleh kerana nak hapuskan macam tu sahaja, maka blog adalah tempat terbaik untuk mengabadikan gambar-gambar tersebut. Harap korang tak pelik bila masuk blog Cik Nor nanti.hihi. Biasalah bila empunya blog tiada idea nak updates apa, jadi gambar-gambar lah sebagai penyelamat.

Gambar kat atas tu adalah sebahagian hadiah yang Cik Nor dapat sempena hari lahir Cik Nor tahun lepas. Umur usah ditanya sebab dah melepasi 4 series.haha. Dah kertu dah empunya blog ni, tapi semangat menulis tetap membara. Kadang-kadang pancit juga kerana di badai penyakit M.

Pada hari tersebut Cik Nor dapat banquet coklat, dalam kotak pun ada coklat, dalam paper bag tu ada tuala dan juga tudung instant by Chefiza collection. Alhamdulillah walaupun dah kertu masih ada yang sudi bagi hadiah. hehe. Nak tunggu yang tersayang bagi memang tak ada. tak perlu ditunggu pun.haha.

Sambutan macam biasa, hanya makan-makan bersama keluarga. Itu cukup memadai, belanja keluarga makan cukup membahagiakan dalam hidup. Bila tengok mereka happy makan apa yang kita belanja, itu sudah cukup membuatkan hati kita bahagia. Tak perlu kaya raya untuk bahagia, janji sentiasa syukur dengan rezeki yang ada. Alhamdulillah..

Gambar pasal hadiah hari lahir tapi g melalut pasal cerita lain.haha. Ok stop dlu, jumpa di entry akan datang.

5 comments:

  1. Best dapat hadiah.. kecik besar, mahal murah tak kisah janji hadiah kan

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat banyak hadiah sempena hari lahir

    ReplyDelete
  3. Meriahnya hadiah.. alhamdulilah.. ramai yang sayang Cik Nor..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya....selamat hari lahir Cik Nor

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... dpt gak hadiah masa besday. abe kie x dpt apa2. keep on writing, ya?

    ReplyDelete