Breaking News

5 AKTIVITI MENGUJAKAN YANG PERLU ANDA CUBA DI 1 UTAMA SHOPPING CENTRE!

Siapa Sangka, Pusat Beli-belah Menawarkan Lebih dari Pengalaman Beli-belah? Rasai Juga Debaran Adrenalin!


1 Utama Shopping Centre  Beli-belah yang terbesar di Malaysia. Ia mempunyai slogannya yang tersendir iaitu“It’s All in One”, bagi mempromosikan idea membeli-belah dan hiburan kepada para pengunjung di bawah satu bumbung.Selain pengalaman beli-belah, 1 Utama Shopping Centre juga menawarkan pelbagai aktiviti sukan yang menarik untuk para pengunjung. Tidak perlu bergerak dari satu tempat ketempat yang lain, kerana anda bole hlakukan semuanya di sini! Teruskan membaca untuk ketahui aktiviti manakah yang boleh anda cuba bagi memenuhi debaran adrenalin anda!

1)    FlowRider

Rindu nak meluncur tapi tiada masa hendak ke pantai? FlowRider adalah tempat yang sesuai untuk anda asah kemahiran anda dalam sukan papan luncur air. Bagi sesiapa yang tiada kemahiran meluncur, usah risaukerana tenaga pengajar di FlowRider akan akan mengajar memastikanpara pengunjung berpeluang untuk mempelajari kemahiran meluncur yang pastinya mengujakan!

2)    WINDLAB Indoor Skydiving

Para pengunjung yang ingin rasai aktiviti eksrem terjun udara atau “skydiving”, bolehlah kunjungi WINDLAB yang terletak di dalam 1 Utama Shopping Centre. Dahulunya tempat ini dikenali sebagai  AirRider Indoor Skydiving, ia menawarkan pengalaman terjun udara pada ketinggian 14,000 kakikepada para pangunjung. Mereka juga akan dibekalkan dengan peralatan yang lengkap untuk keselamatan seperti sut, topi keledar dan cermin mata.

3)    ROLLERWA

Pada yang tidak tahu, Rollerwa adalah sebuah gelanggang aktiviti berkasut roda yang berasal dari Korea. Rollerwa telah dibuka baru-baru ini pada 23 Disember 2021, menawarkan pengalaman yang menyeronokkan! Di gelanggang ini juga dilengkapi dengan muzik dan lampu yang berwarna-warni untuk memberi keceriaan semasa bermain kasut roda. Para pengunjung boleh membawa kasutroda mereka sendiri, atau boleh menyewa kasut roda di sini. Jika anda minat akan aktiviti berkasut roda dan budaya K-Pop, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk ke Rollerwa!

4)    Morac Go Kart

Morac Go Kart juga baru dibuka pada Disember lepas. Rasa debaran adrenalin dengan melakukan aktiviti go kart di sini. Morac Go Kart menawakan litar yang luas dan suasana yang seronok  untuk penonton dan pelumba. Trek sepanjang 420m ini akan memberi kepuasan kepada para pelumba untuk berlumba dengan penuh kelajuan! 

5)    Saranghae Bridge

Saranghae Bridge merupakan tempat yang tidak memerlukan anda untuk melakukan aktiviti yang ekstrem. Tempat ini sesuai untuk anda bersantai dan menikmati keindahan lampu LED yang cantik terutama pada waktu malam. Di sini juga para pengunjung boleh ‘kunci cinta’ mereka dengan menggunakan mangga dan kuncikan di pagar-pagar yang disediakan. Pada yang suka mengambil gambar dan inginkan suasana romantik, bolehlah singgah ke sini! 

1 Utama Shopping Centre terletak di Petaling Jaya, hanya 20 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini selain dari yang disenaraikan di atas. Anda pasti tidak sabar untuk mencuba semuanya, bukan? Jadi jangan tungg ulagi, ajak kawan-kawan dan keluarga anda #PusingSelangorDulu pada hujung minggu ini!

Walaubagaimanapun, para pengunjung diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial  rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Baca juga : Kembangkan Bakat Seni Kreatif Anda

13 comments:

  1. tertarik dengan RollerWa. Macam tahun 90an pulak main kasut roda

    ReplyDelete
  2. Tak pernah jejak sini. Tapi pernah nampak yang flowrider tu kat TV. Susah betul nak balancekan badan. Asyik jatuh je.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah jejak sini. Tapi pernah nampak yang flowrider tu kat TV. Susah betul nak balancekan badan. Asyik jatuh je.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah jejak sini. Tapi pernah nampak yang flowrider tu kat TV. Susah betul nak balancekan badan. Asyik jatuh je.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah jejak sini. Tapi pernah nampak yang flowrider tu kat TV. Susah betul nak balancekan badan. Asyik jatuh je.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah jejak sini. Tapi pernah nampak yang flowrider tu kat TV. Susah betul nak balancekan badan. Asyik jatuh je.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah jejak sini. Tapi pernah nampak yang flowrider tu kat TV. Susah betul nak balancekan badan. Asyik jatuh je.

    ReplyDelete
  8. 1 utama, Damansara lama.x terjah sejak ada ikea kat cheras ni

    ReplyDelete
  9. Menarik banyak aktiviti kat sini. Rasa macam tak pernah jejak sini. Tapi pernah tengok lah kat media sosial orang main FlowRider tu. Macam susah je nak balance, asyik jatuh.

    ReplyDelete
  10. Bertahun dah tak sampai kat one utama ni.

    ReplyDelete
  11. tempat dating dulu ni lama tak pegi mcm2 ada

    ReplyDelete
  12. nmpk meriah je one utama nih,. ;p

    ReplyDelete
  13. Baru tau ada aktiviti2 macam ni dekat OU. Boleh g sini nanti.

    ReplyDelete