Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod 11


Mona mulai menyiasat tentang baju Farah yang dijumpainya di sofa dan apabila pelik dengan pelbagai alasan yang diberikan kepada Mona. Mona juga mula menyiasat tingkah laku suaminya Haris – tetapi tiada menjumpai sebarang bukti. Saputangan Haris yang dijumpai oleh Aminah dalam bilik Farah juga adalah satu bukti tetapi Haris pandai untuk menangkis soalan dari Mona. Hebatnya permainan sandiwara mereka sampaikan Mona was-was dengan perasaannya sendiri. Tahir menasihati Aminah supaya tidak terlalu sangsi kepada menantu mereka itu. Sekarang ini Mona masih berpegang pada baju dan bukti yang dia jumpa, walaupun tidak sekuat mana. Mona masih menyatakan yang mungkin juga tiada apa yang terjadi dan dia hanya mencurigai suaminya tanpa sebarang bukti yang kukuh. Farah pula cuba untuk mengugut Nina dan meminta bantuan dari Ihsan. Farah pandai melindungi dirinya sendiri dari Mona, sehinggakan Adrian nekad untuk bertemu dengan Mona untuk memberitahu siapa sebenarnya Farah Azira.

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani.

No comments