NEGERI SELANGOR SALUR INSENTIF KHAS BERSASAR SECARA ONE-OFF KEPADA PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN
Kerajaan Negeri Selangor merupakan antara pendahulu dalam menangani impak pandemik Covid-19 kepada rakyat Negeri Selangor dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi merangkumi dua fasa pelaksanaan, serta Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor, yang telah diumumkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Selangor, pada 13 Julai lalu.
Antara yang terkandung dalam Pelan Pemulihan Ekonomi
Negeri Selangor adalah Pakej Bantuan Sektor Pelancongan kepada Penggiat
Industri Pelancongan Negeri Selangor dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak
RM 2,600,000.00.
Sebanyak RM
553,000.00 dari jumlah ini merangkumi pemberian insentif khas bersasar secara one-off
sebanyak RM 1,000 seorang, di mana .Kerajaan Negeri Selangor pada Khamis telah
secara rasmi mengagihkan insentif khas ini kepada seramai 553 orang penerima
merangkumi 486 pemandu pelancong berlesen dan berdaftar dengan Selangor Tourist Guide Association (SGTA), 16 pengusaha
rumah inap atau homestay yang diperakui oleh Kementerian Pelancongan,
Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), serta 51 Hos Komuniti Selangor.
Majlis yang hanya dihadiri oleh wakil penerima dari SGTA, penyelaras rumah inap Negeri Selangor dan Hos Komuniti Selangor telah disempurnakan oleh Y.B Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau, dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor.
Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri
Selangor turut menggariskan Pakej Bantuan Sektor Pelancongan melalui penerbitan
subsidi “Baucar Pelancongan Negeri Selangor” dengan nilai bantuan peruntukan
sebanyak RM2,000,000.00.
Pakej bantuan kedua bagi
pemulihan ekonomi Negeri Selangor dalam sektor pelancongan ini sedang
dikemaskini pelaksanaannya pada peringkat akhir, dan dijangka akan dilancarkan
pada pertengahan bulan Disember tahun 2020, mengikut situasi semasa Covid-19
khususnya di Negeri Selangor.
Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor adalah sebuah langkah seiring yang proaktif dengan pelaksanaan Kempen Promosi Pelancongan Domestik, “Pusing Selangor Dulu” yang telah diperkenalkan oleh pihak Tourism Selangor bagi merancakkan semula industri pelancongan Negeri yang terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19.
Kempen Pusing Selangor Dulu
turut memberi penekanan kepada inisiatif promosi serba mampan dengan melibatkan
usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak
Hotel, Agensi Pelancongan, Media dan Syarikat Penerbangan bagi mempromosikan
tarikan pelancongan Negeri Selangor secara lebih meluas, termasuk pakej pelancongan bersepadu merangkumi 9
Daerah dan 12 PBT di Negeri ini.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor agar tawaran insentif dan inisiatif promosi yang dijalankan dapat membantu penggiat industri pelancongan yang terkesan. Hal ini kerana, sektor pelancongan domestik dilihat mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan dan diberi penekanan ke arah mengukuhkan ekonomi kendiri bagi penggiat industri pelancongan, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor.
Untuk
informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Semoga semua yang terkesan dapat bangun semula dengan bantuan yang diberikan
ReplyDelete