Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod Akhir


Rumahtangga Haris dan Mona sudah mulai goyah dan seolah-olah mulai retak menunggu belah. Haris masih cuba mempertahankan dirinya dan cuba membaik pulih kembali syarikat. Apakah Haris telah mula menyesali perbuatannya? Bagaimanapun. Mona akhirnya akur untuk mencari jalan terbaik untuk dia menyelamatkan rumahtangganya bersama Haris. Mona mengambil keputusan untuk membawa diri dan pulang ke kampung demi mencari semula ketenangan untuk dirinya. Farah pula seringkali mencari peluang untuk meminta maaf dari Mona dan akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan sesuatu kepada Mona. Ihsan pula tetap mahu sentiasa di sisi Farah walau dalam apa jua keadaan. Mona mendapat berita yang mengejutkan tentang dirinya dan Haris. Mona sedia untuk menerima apa sahaja keadaan. Haris yang masih tetap memujuk Mona bakal dikejutkan dengan keputusan yang dibuat oleh Mona. Apakah HATI YANG TERSAKITI ini akan dapat memaafkan segalanya yang terjadi?

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani.

No comments