Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod 8


Mona bersiap sedia untuk bertemu dengan teman lelaki Farah tetapi nanti dia bakal dicurigai pula oleh Haris. Farah meminta bantuan Haris yang agak pelik dengan permintaan Mona. Farah terpaksa mencari pak sanggup dengan bantuan Haris tetapi Mona seolah tahu sesuatu rahsia. Rakan Haris dijadikan pak sanggup untuk menjadi teman lelaki Mona akan tetapi rakannya itu pula yang cuba mengambil kesempatan atas Farah. Haris menjadi hero dan Farah semakin menyukai layanan Haris terhadapnya. Hubungan suami isteri, Mona dan Haris sudah mulai renggang kerana Haris lebih banyak menghabiskan masanya dengan Farah. Mona bertemu Ihsan dan juga Nina cuba menghubungi Mona untuk memberitahu kelakuan buruk Haris. Nampaknya Haris mungkin akan terperangkap. Farah pula bertanyakan pada Haris sama ada Haris tahu yang Mona seperti ada hubungan dengan Doktor Azrul, bekas teman lelaki Mona di kampung. Farah mengajak Haris untuk bercuti dan Haris berbelah bahagi. Farah menuntut janji dari Haris.

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani.


No comments