Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod 12

Kini, Farah sudah mula menjauhi Haris kerana dia mahu berhati-hati supaya perbuatan liciknya tidak diketahui Mona. Farah sudah mulai rasakan yang mungkin Mona tahu sesuatu tetapi dia masih lagi selamba mengaburi mata Mona dengan tingkah lakunya. Mona masih cuba mencari bukti dan juga mencari kerja kerana dia sudah bosan ditinggalkan sendirian dirumah. Hubungannya dengan Haris masih tenang. Latif pula cuba merapatkan dirinya pada Farah tetapi Farah mengelak. Haris sudah mula menunjukkan perubahan dalam dirinya apabila Mona kerap menyelidik untuk mencari bukti kukuh jikalau ada kecurangan yang berlaku. Adrian mahukan kata putus dari Farah tentang pendiriannya. Farah yang tahu Nina cuba melaporkan Mona diugut untuk tidak masuk campur urusan peribadi majikannya itu. Haris terpaksa mengambil tindakan terhadap Nina untuk menutup kesalahan dirinya sendiri. Haris sudah mula berubah. Farah yang sedang bekerja bersama Ihsan tiba-tiba jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital!

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani.

1 comment: