Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod 14


Haris yang mempunyai masalah di syarikat mula mengatur strategi untuk menstabilkan syarikat. Dalam masa yang sama, Farah cuba untuk memanipulasi Haris dengan keadaannya dan masih menuntut janji dari Haris. Dia mahu Haris bertanggungjawab atas kendungannya tetapi seperti ada keraguan dalam diri Farah sendiri tentang siapa bapa sebenar bagi bayi yang dikandungnya. Bagaimanapun, Farah masih lagi menuntut untuk Haris bertanggungjawab terhadap kandungannya. Farah terpaksa kembali ke rumah Haris dan Mona. Mona dan ibunya perasan dengan perubahan Farah yang sering pening dan muntah-muntah – tapi Mona tak pernah sangka yang Farah sebenarnya sedang hamil. Aminah pula yakin yang Farah sedang hamil. Farah sudah tidak senang duduk di rumah itu. Mona cuba untuk dapatkan pengakuan dari mulut Farah sendiri demi untuk mendapatkan jawapan sebenar. Haris kembali ke rumah dan pertengkaran besar bakal terjadi. Apakah yang bakal terjadi di antara Haris dan Mona?

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani.

No comments