Breaking News

Lindungi Kulit Anda Dengan Nuvit Daily Defender Dan Nuvit Sunblox



Assalmualaikum..


Mesti ramai yang perasan sejak akhir-akhir ini cuaca dunia tidak menentu. Yang paling ketara dapat kita lihat ialah panas melampau. Ramai yang tidak peduli untuk melindungi kulit dari sinaran matahari ini.  Korang kena tahu akibat terdedah terus kepada cahaya matahari ni. Antaranya kerosakan kulit, kulit menjadi gelap menandakan kulit cuba untuk melindungi tubuh daripada kerosakan yang lebih teruk dan mata yang terdedah kepada cahaya matahari yang melampau boleh menyebabkan keratitis akut (contohnya: snow blindness)

Untuk melindungi kulit korang dari sinaran matahari korang perlu sapukan losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya 20 minit sebelum berjemur. Sapu semula sekurang-kurangnya setiap dua (2) jam dan setiap kali selepas badan terkena air atau  berpeluh. Jangan sekali-kali berada di bawah cahaya matahari untuk tempoh yang lama. Losyen pelindung matahari hanya berkesan dalam tempoh yang terhad. Losyen pelindung matahari semata-mata tidak boleh mencegah berlakunya kanser. Kepekatan minimum yang perlu digunakan adalah SPF 15.

Nuvit Daily Defender ( Lightweight Moisturising Sunscreen)


Oleh yang demikian Nuvit Daily Defender dengan SPF 50+ membantu korang untuk melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari yang boleh merosakan kulit terutama kulit muka yang boleh menyebabkan kulit gelap, toner tidak sekata, masalah pigmentasi dan pelbagai lagi. Nuvit Daily Defender ialah sejenis krimpelindung cahaya ringan yang unik dan memberikan perlindungan tinggi melalui teknologi Photo-Shield yang dapat melawan sinar UVA dan UVB. Digabungkan dengan sifat anti-pencemaran yang membantu membina semula penghalang kulit untuk memperbaharui kulit yang sihat. Penyerapan cepat dan penghidratan berterusan yang ringan, tidak berminyak dan terjamin.


Cik Nor suka menggunakan krim ini kerana teksturnya yang ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit tanpa ada kesan berminyak. Baunnya harum membuatkan Cik Nor lagi teruja untuk menggunakan setiap kali keluar rumah. Krim ini mampu memberi kelembapan untuk jangka masa yang panjang. Korang yang selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari bolehlah mencuba krim ini untuk melindungi kulit korang kerana ianya sesuai untu semua jenis kulit.

Cara menggunakannya amat mudah iaitu sapukan krim ke lapisan kulit yang sentiasa terdedah kepada cahaya dengan rata untuk menutup dan melindungi kawasan yang terdedah itu setiap kali keluar rumah. Ia amat disyorkan kepada mereka yang sentiasa bekerja dibawah sinaran matahari.


Bahan yang terkandung dalam krim ialah Pollushield,  Ceramide, Ekstrak Laminaria Ochroleuca, dan Asid Hyaluronik. Apa yang penting ia mengandungi Paraben, Pewangi dan Alkohol.

Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati : http://www.nuvit.com.my/index.php/product/nuvit-daily-defender/ atau untuk dapatkan  Nuvit Daily Defender ini korang boleh dapatkan di: Nuvit Daily Defender @ Lazada dan  Nuvit Daily Defender @ Shopee

Nuvit Sunblox - Nutritional Baverage With Nutroxsun



Nuvit Sunblox merupakan minuman oren dan lemon berkhasiat yang mengandungi bahan-bahan dengan sifat antioksidan yang memberikan kulit perlindungan terbaik walaupun di bawah terik matahari.. Bahannya yang dipatenkan dari Sepanyol, NutroxSun telah terbukti secara klinikal untuk membantu melindungi individu dari sinaran UV melalui sifat antioksidannya yang tinggi. Digabungkan dengan polipodium leucotomos yang terbukti dapat mengurangkan kemerahan pada kulit dan tanda-tanda kerosakan kulit ketika diambil sebelum terdedah kepada cahaya matahari.


4 Kebaikan Nuvit Sunblox Kepada Kulit Kita.

1. Nutroxsun dan Polypodium Leucotomos mengurangkan kemerahan dan kegelapan kulit selepas terdedah kepada sinaran matahari.

2. Nutroxsun mengimbangi penjanaan spesies oksigen reaktif yang disebabkan oleh radiasi UV yang akan menyebabkan penuaan kulit pramatang.

3. Kolagen meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedut.

4. Pendedahan kepada sinaran matahari boleh menyebabkan apoptasis sel, kerosakan DNA dan tumor kulit . Antioksidan seperti Vitamin C , Nutroxsun dan Polypodium Leucotomos boleh membantu mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh UV.

Nuvit Sunblox mengandungi : Kolagen Ikan, Oligosakarida, Vitamin C, NutroxSun ™, Ekstrak polipodium leucotomos



Dalam setiap kotak Nuvit Sunblox ini mengandungi 15 sachet. Cara penyediaannya amat mudah iaitu korang perlu campurkan Nuvit Sunblox ini dengan 180ml air masak dan kacau atau goncang hingga sebati. Kalau Cik Nor lebih suka guna shaker untuk menyediakan minuman ini. Cik Nor ambil setiap pagi selepas sarapan pagi. 


Penjagaan kulit luar dan dalam amat penting untuk melindungi kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh sinar UV. Oleh itu untuk mencegahnya apa kata korang cuba Nuvit Daily Defender dan Nuvit Sunblox. Tak rugi berbelanja lebih untuk kesihatan kulit kita.

Untuk maklumat lanjut : http://www.nuvit.com.my/index.php/product/nuvit-sunblox/ atau untuk mendapatkan Nuvit Sunblox ini  : Nuvit Sublox @Shopee

4 comments:

  1. penting jg kulit muka..
    kalo x nt jeragat ssh nk hilang.. huhuuu

    ReplyDelete
  2. skrg ni lagi la...musim2 penyakit ni, semua nya kena jaga-jaga...

    ReplyDelete
  3. Ena suka sgt nuvit Sunscreen. Tekstur die lembut tak melekit. Cepat meresap mcm tak pakai pape

    ReplyDelete
  4. Kinah pun guna. Memang best dan langsung tak melekit

    ReplyDelete