Breaking News

Kad Raya 2020


Assalamualaikum..

Tajuk entry kali ni kemain kan? haha. Tapi memang betul la Cik Nor dapat kad raya ni lepas raya, kalau tak silap raya ke 4 atau ke 5 macam tu. Biasalah permintaan last minute dan dah dekat nak raya sangat-sangat dah. Walaupun pos masih berjalan seperti biasa tapi certain surat atau barang yang baru dipos akan diproses selepas raya. Betul tak korang? Lambakan barang-barang yang dipos sebelum Syawal menjelma masih belum dihantar kepada penama.

Al-kisahnya begini, tengah scroll facebook 2 3 hari sebelum raya. Terpandang lah status Shida Radzuan, dia offer kat kawan-kawan facebook. Sesapa yang nak kad raya dari dia boleh pm tepi dan bagi alamat. Cik Nor apa lagi bila orang dah offer macam tu, cepat dan pantas la pm dia. hehe. Sejenis manusia yang kurang malu.haha. Benda free harus disambar cepat.

Baca juga : Kad Raya 2016

Shida ni bogger hebat suatu ketika dahulu tapi kurang aktif sejak akhir-akhir ini. Cik Nor dah lama jugak la kenal dia, masa mula-mula belajar blogging kalau tak silap la. Dah banyak Cik Nor terima hadiah dan kad raya dari dia. Sebab tu Cik Nor tak malu kalau dia offer untuk dapatkan kad raya dari dia cepat-cepat Cik Nor grab. Dia pun dah kenal sangat dengan Cik Nor cuma tak pernah bersua muka di alam nyata lagi.

Apa-apa pun terima kasih Shida sebab sudi hantar kad raya untuk Cik Nor. Jangan serik untuk berkawan dengan Cik Nor.hehe. Semoga hubungan dialam maya ni kekal untuk selama-lamanya. InsyaAllah..aamiin

Nak kenal dengan lebih dekat Shida Radzuan korang boleh ke blog dia : Dunia  Shida Dot Com

4 comments:

  1. bestnya dpt kad raya..
    rindu pulak nk dpt kad raya byk2 mcm dulu2..

    ReplyDelete
  2. seronok masih dapat kad raya dari rakan blogger.

    ReplyDelete
  3. da lama tak dapat kad raya....last tahun bila tah ek...tak ingat dah

    ReplyDelete
  4. sama2 cik nor :)
    sahabat blogger xdapat dilupakan :)

    ReplyDelete