Breaking News

Sensenique Natural Menjadikan Rambut Dan Kulit Kepala Sihat Secara Semulajadi


Assalamualaikum..

Kebelakangan ini ramai yang mencari syampu dan perapi yang sesuai untuk rambut tapi kebanyakan syampu dan perapi yang dicuba agak mengecewakan. Terlalu banyak produk penjagaan rambut dipasaran sehinggakan keliru untuk memilih mana yang terbaik untuk rambut sendiri. Malah Cik Nor sendiri pun masih mencari syampu dan perapi yang sesuai sehinggalah Cik Nor berjumpa dengan produk dari Sensenique Natural.


Apa itu Sensenique Natural?

Sensenique Natural berasal dari semangat dan kepercayaan kita dalam gaya hidup yang lebih hijau dan sihat. Kesedaran kita terhadap isu hijau bermula ketika kita berada di zaman universiti dan kemudian bergabung dengan NGO alam sekitar yang membawa aktiviti dalam mempromosikan kehidupan hijau dan sihat.

Syampu Sensenique Natural ni diadun dengan glukosa premium, selamat, lembut dan bebas toksin, asid amino dan surfaktan berasaskan asid lemak. Ia juga mempunyai formulasi lembut dan sangat sesuai untuk penggunaan seharian. Malah ia juga sangat wangi kerana ia diekstrak dari akar halia dan minyak pati tulen Oren. Syampu ini juga diadun dengan Minyak Argan, jus Daun Aloe Barbadensis organik ECOCERT dan ekstrak tumbuhan semula jadi ECOCERT yang menenangkan, melembapkan dan baik pada rambut dan kulit kepala. Penggunaan yang konsisten menjadikan rambut dan kulit kepala korang  lebih sihat.


Syampu dari Sensenique Natural ini tidak mengeluarkan buih yang banyak seperti syampu yang biasa korang gunakan. Namun, tidaklah bermakna syampu ini tidak membersihkan rambut korang, atau anda perlu menggunakan lebih banyak syampu daripada biasa. Rambut korang mestilah benar-benar basah sebelum anda menggunakan syampu penjagaan Sensenique Natural. korang perlu menambahkan air supaya menikmati pembersihan yang berkesan dan bukannya menambahkan lebih syampu seperti yang biasa korang lakukan sebelum ini. 


Justeru, korang menggunakan kuantiti produk yang sedikit untuk memperoleh kesan pembersihan yang lebih baik. Kesan kepada rambut korang selepas menggunakan syampu penjagaan rambut dan kulit  Sensenique Natural  mungkin mengambil masa seawal 2-3 minggu hingga selewat 1-2 bulan untuk serasi apabila korang bertukar kepada cara penjagaan rambut yang benar-benar mempunyai bahan semula jadi. Pada permulaannya, rambut korang mungkin terasa sedikit kering dan kasar. Ini merupakan tempoh penyesuaian untuk syampu ini membantu rambut korang dinyahtoksik daripada semua saki-baki lapisan kimia. Selepas tempoh penyesuaian ini, anda akan mendapati bahawa rambut korang lebih lebat dan teksturnya lebih seimbang. Hasilnya, korang akan memperoleh rambut dan kulit kepala yang lebih sihat. 


Kebaikan Dan Kelebihan Syampu Sensenique Natural

Dibuat dengan 98% bahan yang berasal dari semula jadi.

- Membersihkan dan menyucikan secara lembut dan berkesan

- Buka pori rambut, pulihkan kilauan, lantun dan bersinar rambut

Membantu menghilangkan serpihan kelemumur yang longgar dari rambut dan kulit kepala

Minyak akar halia dan kulit jeruk adalah antiseptik semula jadi dan membantu menghilangkan kulat yang menyebabkan kelemumur. Ia menghalang pertumbuhan ragi, menghentikan serpihan, gatal dan kelemumur

- Minyak pati tulen membantu melegakan radang kulit kepala serta merawat jerawat kulit kepala kerana sifat antiseptiknya

- Sesuai untuk semua jenis rambut termasuk rambut kering, rambut berminyak dan rambut yang dirawat warna



Cara menggunakannya.

Cara untuk menggunakan syampu penjagaan rambut yang TIADA Silikon, Sulfat & Betaina yang betul 

1. Pastikan rambut korang benar-benar basah sebelum menggunakan syampu. Jika rambut korang tidak betul-betul basah, sukar untuk menggunakan produk dan meratakannya pada rambut anda. 

2. Gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Korang sebenarnya memerlukan kuantiti yang sedikit sahaja. Jika korang mahukan lebih banyak buih, gunakan lebih banyak air, bukannya lebih banyak produk. Air akan membantu untuk mengaktifkan syampu dan memudahkan syampu merata ke seluruh rambut korang.

3. Bersyampu sebanyak dua kali sehari. Jika rambut korang tebal atau kasar, bersyampu sebanyak dua kali sehari. Pada kali yang kedua, syampu akan lebih mudah berbuih dan rambut yang tebal atau kasar dapat dibersihkan dengan lebih mudah dan lebih berkesan..

4. Bilas rambut korang dengan sempurna. Sebarang sisa syampu akan menjadikan rambut korang  terasa berat.

5. Susuli dengan perapi. Gunakan jari jemari korang untuk meratakan perapi daripada bahagian tengah panjang rambut hingga ke hujung (kulit kepala tidak perlu disapu dengan perapi, terutamanya jika rambut anda halus atau berminyak). Kemudian bilas dengan sempurna.


Untuk makluman korang formula dari Sensenique ini tidak mengandungi Kokamidopropil Betaina, Koko Betaina, Sodium Lauret Sulfat (SLS), Sodium Lauril Sulfat (SLES) dan Ammonium Lauret Sulfat (ALS). Untuk kemudahan pelanggan, Sensenique Natural menggunakan pek pam dispenser terkunci untuk syampu, pembersih badan dan perapi. Untuk membuka pam, pusingkan pam mengikut lawan arah jam. Untuk menutup dan mengunci pam, hanya tekan pam sehingga ke bawah dan pusing mengikut arah jam sepenuhnya. Ini bertujuan mengelakkan kebocoran dan amat sesuai untuk dibawa mengembara. 

Untuk maklumat maklumat lanjut  dan pembelian korang boleh lawati : www. senseniquenatural.com

4 comments: