Breaking News

Petua Hilangkan Kesan Tumit Kaki Merekah

sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Mesti ramai diantara kita yang merekah tumit kaki kan tapi kita tak perasan. Kalau tak dicegah memang nampak buruk. Rekahan ini bukan sebab kita tak menjaga kaki tapi sebab kita kekurangan air dalam badan.  Jom Cik Nor kongsikan bebrapa tips yang boleh membantu korang menghilangkan rekahan tumit kaki ini.

1. LEMON & GARAM

Lemon adalah salah satu bahan yang sangat popular sebagai home remedy. Selain memiliki khasiat yang pelbagai, ia mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit. Garam pula boleh mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah.
Caranya, rendam kaki anda di dalam air suam yang di campur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam dengan baking soda. Wangi pun wangi!

2.  BELIMBING BULUH
Belimbing buluh adalah antara bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti batuk, jerawat, kegatalan, dan bengkak. Kandungan vitaminnya dipercayai boleh membantu merawat kulit kaki yang kering dan merekah.
Caranya, ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit.
Amalkan rutin ini setiap minggu untuk mendapatkan tumit yang lebih halus dan licin.
Baca juga : Khasiat Kunyit
3. TEPUNG BERAS & MADU
Madu memiliki banyak kebaikan dan boleh berfungsi sebagai pelembab pada tumit kaki. Sementara itu, tekstur kasar daripada tepung beras pula membantu menghapus rekahan dan kulit kering.
Gaulkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes dan scrubkan pada tumit anda dengan kerap. Boleh juga dijadikan air rendaman.
4.  ASAM KEPING / ASAM JAWA
Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama beberapa minit.
Boleh juga melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.
5. BAWANG MERAH / BAWANG PUTIH
Bawang putih dan bawang merah mengandungi komponen antibakteria yang juga boleh membantu memperbaiki sel kulit.
Potong bawang merah / bawang putih yang kepada 2 bahagian. Sapukan tumit kaki anda yang pecah sehingga jusnya kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh dan anda berpuas hati dengan hasilnya.
Sumber : Sini

2 comments: