Breaking News

Sinopsis Drama Leon Zalika



Mengisahkan Zalika yang berkahwin dengan pilihan keluarganya bernama Leon tiga hari sebelum Ramadan. Zalika anak seorang jutawan yang hidup huru-hara tanpa panduan ilmu agama manakala Leon seorang baik walaupun tinggal di London.

Zalika telah tawar hati untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. Dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu dan ayahnya, lelaki berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. Lelaki itu bernama Leon, seorang yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Dia lama menetap di London dan akhirnya di Australia.


Baca  juga Sinopsis Korban Kasih

Zalika tanpa berfikir panjang, menerima sahaja cadangan ibu dan ayahnya kerana menjangkakan Leon yang lama menetap di luar negara mestilah berfikiran sosial sepertinya. Anita sepupu kepada Zalika pula semakin cemburu dengan kehidupan Zalika, baginya nasib dia sering tidak bernasib baik berbanding Zalika.

Firas pula ada agenda jahatnya tersendiri sejak bekerja di Jentayu Holdings iaitu ingin membalas dendam yang telah lama disimpan. Dayana bekas kekasih Leon akhirnya berjaya mendapat alamat Leon di Kuala Lumpur. Dia akan bertemu Firas dan merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon dengan apa jua cara sekali pun.



PELAKON : Riena Diana, Dini Schatzmann, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal, Sharmaine Farouk, Muntazar Ghani, Dazrin Kamarudin, Laila Nasir, Zaefrul Nordin, Sherry Al Jerry, Doria Rachel Jolly, Rashidah Jaafar

2 comments:

  1. wahh heroin Riena Diana. Suka tengok dia berlakon sejak kampung people tu. tapi cerita ni lom tengok lagi.

    ReplyDelete