Mengukir senyuman anak-anak Rumah Yayasan Sunbeams
Assalamualaikum
Bersempena
Hari Senyum Sedunia, yang yang disambut pada setiap hari Jumaat yang pertama
bulan Oktober sejak tahun 1999, Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd (Tokio
Marine) telah melawat Rumah Yayasan Sunbeams seminggu sebelumnya untuk menyebarkan
kegembiraan kepadakanak-kanak di sana.
Seramai dua
puluh kakitangan Tokio Marine telah mengambil bahagian dalam acara yang
berlangsung pada Sabtu (28 September, 2019) di mana sesi melukis mural telah
berlangsung untuk menghiasi dinding lama di luar bilik tidur kanak-kanak
tersebut, sertasesi bengkel seni untuk mengajar mereka beberapa hasil kraftangan.
Kanak-kanak
yang terlibat di sesi bengkel seni itu berjaya menghasilkan 100 barangan --
antaranya adalah cawan menarik dalam pelbagai warna dan beg kitar semula --
yang turut dijual bagi menjana sebanyak RM3,000 untuk Rumah Yayasan Sunbeams.
Rumah Yayasan
Sunbeams adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan pada tahun 1995
dan sekarang menempatkan kira-kira 132 kanak-kanak mangsa penderaan, terbiar
dan ibu tunggal yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Selain
daripada itu, Tokio Marine turut menyumbang beberapa barang keperluan kepada
Rumah Yayasan Sunbeams.
“Saya sangat
gembira dan teruja melihat sukarelawan kakitangan kami meluangkan masa mereka dengan
kanak-kanak di sini untuk menyebar kegembiraan danmembawa senyuman yang bahagia
di wajah mereka. Senyuman mungkin sementara, tetapisaat ini sangat berharga untuk
mengisi hati seseorang,” menurut En. Yoshiaki Okabe, Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif Tokio Marine.
“Hari seperti
ini mengingatkan dan memperkuatkan lagi komitmen kami untuk melihat lebih
daripada perspektif keuntungan, selanjutnya bertindak dengan penuh integriti
bukan hanya untuk memberi faedah kepada pelanggan dan rakan kongsi perniagaan,
tetapi juga kepada masyarakat. Saya gembira kami telah memberi inspirasi serta
semangat sedemikian kepada kakitangan kita untuk melihat sekeliling kita, dan
menghulurkan bantuan bila sahaja kita mempunyai peluangdengan tidak mengira
tempat atau masa,” tambah beliau.
En. Alvin Tan Ooi Seng, Pengasas Rumah
Yayasan Sunbeams dan sebagai wakil yang menerima barangan dan wang tunai yang
disumbangkan berkata: “Seperti kata pepatah, ‘jika anda berbuat baik kepada
orang lain, ia bukan hanya memberi perubahan kepada anda, malah dunia’.Oleh
itu, terima kasih atas kehadiran anda pada hari ini dan mengambil bahagian demi
manfaatkanak-kanak di sini”.
Hari Senyum
Sedunia ini dicipta dan dimulakan oleh mendiang Harvey Ball, seorang artis
komersial dari Amerika Syarikat pada 1963. Walaupun imej tersebut telah menjadi
simbol yang dikenali sebagaipembawa muhibah dan keceriaan, namun Ball prihatin dengan
pengkomersialan simbolnya serta kehilangan makna asalsimbol tersebutdengan
penggunaan yang kerap di pasaran.Untuk mengekalkan niat asalnya, Ball berpendapat
bahawa setiap individu perlu mendedikasikansatu hari
setiap tahun kepada senyuman dan sumbangan yang baik, dan telah mengisytiharkanhari
Jumaat yang pertama bulan Oktober setiap tahun sebagai Hari Senyum Sedunia.
usaha yg bagus,moga anak2 tu terus gembira.
ReplyDeleteBestnya program mcm ni.
ReplyDeleteprogram yang sangat bagus untuk kanak-kanak di rumah yayasan ni.
ReplyDeleteBengkel yang menarik..
ReplyDeletebagus usaha2 Tokio Marine ni
ReplyDeletedouble thumbs up Tokio Marine!
ReplyDelete