Breaking News

Happy Deepavali


Assalamualaikum..

Masih tidak terlewat rasanya untuk Cik Nor ucapkan Happy Deepavali kepada mereka yang menganut agama Hindu tak kira dimana berada. Semoga korang semua gembira sentiasa dan dilimpahi cahaya kebahagiaan dalam hidup.

Bukan sengaja untuk lewat bagi ucapan tapi tempahan kuih tak menang tanga sekarang ni. Alhamdulillah. Walaupun untung tak ada lah gah macam baker lain tapi kepuasaan terpancar bila dapat menyiapkan tempahan orang. 

Pagi semalam dah buat 100 bungkus tepung bungkus dan pagi tadi pun dah siapkan 120 tempahan tepung bungkus untuk pelanggan yang nak ambil pagi ni. Memang rabak mata kalau tidur pun pukul 4 pagi. Sejak tolong mak ambil tempahan tepung bungkus ni memang masa tidur tak menentu.haha. Tapi tak apa lah, janji ada duit masuk walaupun tak banyak. 

Eh..Cik Nor ni sempat pulak membebel..haha. Kalau sebelum ni time cuti sempenna Deepavali Cik Nor buat short vocation ke Cuti-Cuti Malaysia | Lost World Of Tambun -Part 1 dan berkelah Berkelah Sempena Cuti Deepavali. Sekarang ni dok umah jer la kalau ada cuti panjang macm ni lagi. Nak buat macam mana dah tak kerja. Income pun tak ada lah..huhu.

8 comments:

  1. Wahhhh...tokey tepung bungkus rupanya sekarang ni ek... Dah buat entry lum pasa Tepung Bungkus niii.... maklumlah lama berehat dpd bolgging hihi

    ReplyDelete
  2. Semoga bisnes cik nor dan mak semakin maju ye. Sedapnya tepung bungkus. Lama x makan

    ReplyDelete
  3. memang seronok dapat tempahan banyak. Ehehehe... alhamdulillah..papepun kesihatan nak kena jaga juga ciknor

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti. semoga bisnes kuih mak dan kak nor terus maju. aamin

    ReplyDelete
  5. tak pe cik nor, meniaga kecil-kecilan dulu..mana tau nnti lama2, jadi besar-besaran, aamiin..

    ReplyDelete
  6. KL tengah musim hujan ni, dapat tepung bungkus minum dengan teh o suam syok kotttttttttttt.. huu~ teringin nya !!

    ReplyDelete